Apabila Sudah Buat Keputusan Untuk Berkahwin, Pada Ketika Itu Lah Anda Harus Bersedia Untuk Membuat Lebih Banyak Pengorbanan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan itu diluarnya kelihatan indah dan membahagiakan. Rasa hidup lebih dilengkapi dengan kehadiran seseorang yang dicintai serta menjadi peneman hidup. Namun begitu, apabila sudah bersedia untuk berkahwin, maka kita harus berkorban bukan hanya untuk diri kita sahaja, tetapi untuk anak-anak, pasangan serta hubungan yang dibina. Sudah besediakan kita untuk semua pengorbanan itu?

Pengorbanan itu bermula apabila anda sudah tidak lagi mula memikirkan tentang diri anda sahaja. Tetapi tentang hubungan yang dibina. Anda perlu menyesuaikan diri denga satu perkara yang baru berserta kehidupan baru. Bermula dengan pasangan, pemakanan, pakaian serta hal yang remeh temeh. Cuba anda bayangkan bahawa pasangan anda mengemari makanan pedas sedangkan anda tidak, tetapi kerananya anda terpaksa memasak sesuatu yang pedas juga.

Bukan hanya itu sahaja, anda juga perlu berkorban kasih sayang terhadap ibu bapa anda. jika dahulu anda mampu pulang ke kampung setiap minggu untuk melihat mereka tetapi kini tidak lagi. Anda perlu berbahagi masa dengan keluarga mertua, ibu bapa sendiri serta pasangan anda. Mungkin kadang kala anda tidak akan menjenguk mereka untuk satu jangka masa yang lama kerana tidak mendapat keizinan pasangan anda. Apa yang anda perlu korbankan? Sudah pasti perasaan anda.

Tahap pengorbanan akan meningkat apabila anak-anak anda lahir. Anda harus bijak dalam menguruskan anak-anak, waktu kerja serta menguruskan rumah. Walaupun ia agak meletihkan, tetapi anda harus melakukannya dengan baik sekali. Tetapi apabila anda terlalu keletihan, akan menjadi sangat sensitif seperti terlalu mudah marah. Mereka kadang kala tidak faham akan keletihan yang anda alami. Namun begitu, anda harus segara memohon maaf kerana anda sayang akan mereka.

Pengorbanan mungkin akan bertambah apabila pasangan anda meminta anda untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda terpaksa mengadaikan kerjaya yang anda bina hanya untuk suami serta keselamatan anak-anak anda. Kerana tidak mahu menajdi isteri derhaka, maka anda ikutkan segala kemahuan pasangan anda semuanya demi kepentingan hubungan dan keluarga anda.

Banyak lagi pengorbanan yang perlu dilakukan di dalam hidup. Sampai bila anda harus berkorban? Itu semuanya tidak pasti. Yang penting pengorbanan itu akan membuat anda menjadi seorang yang lebih kuat dalam menghadapi kehidupan yang mendatang. Sudah siap kah anda berkorban segalanya?

Namun jangan takut untuk berkahwin, hal ini kerana ia adalah lumrah kehidupan. Dengan mengorbankan beberapa hal, anda akan mengecapai satu kebahagiaan baru. Ya kebahagiaan yang semua orang impikan dan inginkan iaitu bahagia bersama pasangan dan anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen