5 Cara Lelaki Hadapi Setelah Putus Cinta Dimana Mereka Sendiri Tidak Akan Mengakuinya Pada Orang Ramai.

Lelaki juga memiliki emosi yang tidak stabil setelah hatinya terluka. Wanita jangan pula menyangka lelaki tidak akan menangis setelah putus cinta, kerana ia sememangnya benar-benar terjadi. Namun lelaki pandai menyimpan rahsia yang lama-kelamaan terkubur sehingga tiada siapa yang bertanyakan kembali.

Yang ternyata, lelaki juga akan terkejut setelah hubungannya tidak menjadi. Tetapi mereka akan berlagak cool sehingga mereka duduk di sofa rumahnya. Ketika itulah mereka mula menyedari hidupnya kembali bujang dan normal.

Jadi, kebiasaannya lelaki akan…



1. Mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatian daripada hatinya yang sedang terluka.

Fikiran lelaki yang lebih praktikal dan rasional, mereka mudah mencari sesuatu yang baru untuk dilakukan berbanding wanita. Wanita akan duduk sahaja di atas katil sehingga tiada idea hobi baru apakah yang mereka patut lakukan. Tetapi lelaki akan cepat-cepat mencari sesuatu yang baru kerana mereka tidak mahu dipandang lemah oleh orang lain. Mereka bijak menutup hatinya yang sedang terluka.

2. Membuat perkara yang menjengkelkan pada semua wanita yang dikenalinya.

Ini juga dianggap sebagai hiburan oleh lelaki untuk menutup kesedihannya. Seperti yang anda tahu lelaki ada sahaja perilakunya yang sangat mengjengkelkan. Bercakap dengan kuat, menjerit-jerit, cuba mengorat dengan kaedah yang menjengkelkan seperti membuat bunyi melalui mulutnya, kadang-kala suka mengkritik kawan perempuannya. “Kenapa kau suka pakai baju ni, nampak gemuklah…”

3. Mengkritik setiap gambar bekas kekasihnya di sosial media atau yang mereka sendiri simpan.

Cara lelaki membuang gambar bekas kekasihnya adalah dengan mengkritik gambar tersebut…

“Eh, baru aku perasan kau pakai baju ni buruk…ah buang lahh…”

“Laaa….kenapa dia senyum senget macam ni ya? Macam mana aku boleh suka dia ni?”…

Dan akhir sekali sama ada mereka sendiri yang uninstall akaun sosial medianya atau block sahaja bekas kekasihnya.



4. Mencuba mencari kenalan baru yang mempunyai sikap sama seperti bekas kekasihnya.

Mungkin ada sahaja sikap baik pada bekas kekasihnya sehinggakan mahu sisi baik itu ada pada kenalan atau orang baru. Akhirnya mereka kecewa kerana apa yang mereka inginkan tidak tercapai disebabkan tidak semua wanita berkelakuan sama. Malah menganggap semua wanita semakin merumitkan.

5. Refleksi dan pemulihan.

Apabila semua perkara sudah dilakukan dalam usaha untuk menutup hatinya yang terluka, pada saat ini lah lelaki akan membuat refleksi pada dirinya sendiri. Mereka akan cuba mencari kelemahan dan kekurangan mereka ketika bersama bekas kekasih. Dan ketika ini jugalah sebenarnya mereka tiba-tiba merindui bekas kekasih, sehinggakan ada sebahagian mereka mahukan bekas kekasihnya kembali.

Ini lah yang dinamakan KENAPA LELAKI CEPAT MOVE ON, TETAPI WANITA TIDAK? Sebenarnya lelaki bukan cepat move on, tetapi mereka cuba fokus untuk apa yang mereka patut lakukan ketika betul-betul pada masa putus cinta sahaja. Selepas itu, mereka sebenarnya masih lagi memikirkan hal bekas kekasih, dimana pada waktu ini wanita tidak lagi ingat pada bekas kekasihnya.



 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen