6 Ayat Ini Mampu Kecilkan Hati Si Wanita, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita selalu inginkan pujian daripada pasangannya. Bahkan ia sendiri tahu jika pujian itu ikhlas atu tidak dari pasangannya. Rata-rata juga berpendapat bahawa, wanita ini terlalu sensitive kerana terlalu mudah berkecil hati akan perkara yang terlalu remah. Tetapi bagi wanita ia bukan lah satu perkara yang remeh tetapi adalah perkara yang melukakan dirinya. Bukan itu sahaja, mereka mahukan pasangan yang bersikap jujur dan lebih terbuka kepada mereka tetapi mereka pula yang ambil hati dengan apa yang pasangan mereka katakana. Apa ayat yang selalu buat wanita kecil hati? Jom ketahuinya.



1. “Awak Nampak gemuk.”

Ayat ini mungkin kelihatan remeh dan biasa sahaja bagi lelaki. Tetapi bagi wanita, apabila ia menyentuh fizikal ia bukan lagi satu yang remeh. Bahkan ayat ini juga mampu membuat seorang wanita itu hilang keyakinan diri mereka.

2. “Makeup awak telalu berlebihan,”

Jangan pernah mengulas mengenai penampilan pasangan anda terutama mengenai makeupnya. Mana tidaknya, mereka ini telah memberikan satu usaha yang baik untuk tampil cantik dihadapan anda. Kata-kata ini hanya akan merendahkan dirinya sahaja.

3. “Tak ada baju lain ke? Asyik ulang baju yang sama aje.”

Wanita ini sama sahaja seperti lelaki, mereka ini pasti mempunyai baju kegemaran mereka. Itu yang membuatkan mereka ini ingin memakai pakaian tersebut berulang kali. Anda seharusnya tidak harus berterus terang, tetapi cuba untuk memberikan si dia hint melalui hadiah baju.


4. “Lupa Letak garam ke tadi?”

Apabila anda memperolhi pasangan yang rajin ke dapur, cuba untul hargai mereka dengan lebih. Tidak semua wanita suka pergi ke dapur dan memasak ye. Jadi, jangan terus mengkritik mereka tetapi lebih baik jika anda cuba untuk ambil hati mereka.

5. “Bila entah jerawat dekat muka awak ini nak hilang?”

Rasanya perkara ini bukan wanita sahaja terasa, lelaki juga pasti akan terasa. Mereka tidak mahu muka mereka ditumbuhi jerawat. Jadi adalah lebih elok jika anda bersikap lebih prihatin terhadap dirinya.

6. “Tengok itu, dia cantik kan?”

Jangan memuji wanita lain dihadapan pasangan anda. Itu adalah perkara yang sangat melukakan hatinya. Walaupun wanita itu lebih cantik darinya tetapi tetap sahaja anda tidak harus katakana seperti itu didepannya.

Jika niat anda untuk menegur pasangan anda, adalah lebih baik anda menggunakan cara yang lebih lembut. Jangan terlalu berterus terang mengenai enam perkara ini. Ingat anda seharusnya bersyukur mempunyai pasangan seperti dirinya.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen