Ciri-Ciri Wanita Yang Sejuk Mata Lelaki Memandang.

Apakah yang lelaki fikirkan apabila bertanya tentang ciri-ciri wanita yang sejuk mereka melihat? Sudah tentu wanita yang seperti perempuan melayu terakhir. Jawapan yang sangat tipikal seperti memakai baju kurung, bersopan-santun, tidak kasar seperti lelaki malah mahukan wanita yang sentiasa memakai kain batik di rumah sambil masak di dapur. Itulah pandangan lelaki.



Tetapi adakah wanita zaman sekarang, kebanyakannya sejuk mata lelaki yang memandang? Jom ketahui antara ciri-ciri wanita tersebut...

1. Mempunyai dalaman yang cantik dan bersih.

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.

Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

2. Bijak menjada kecantikan luaran pula.

Memang lumrah seorang lelaki suka pada kecantikan wanita kerana ia akan membuat mereka bangga. Para Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.



3. Seorang yang manja.

Selain daripada itu, lelaki juga suka pada wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Malah merimaskan kaum lelaki pula jika terlalu berlebihan.

4. Tidak mempamerkan bentuk tubuh badan.

Wanita perlu tahu lelaki suka menjamu mata mereka dengan melihat aurat wanita. Itu adalah lumrah. Namun tidak suka menjadikan wanita ini sebagai isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki. Jika anda bertemu dengan lelaki yang tegur tentang aurat anda, dia adalah seorang lelaki yang baik dan mungkin ambil berat tentang anda.

5. Bersopan santun.

Dan yang paling penting, wanita yang sejuk mata lelaki memandang adalah bersopan-santun dalam apa jua yang wanita itu lakukan. Seperti bertutur kata dengan sopan dan tidak lantang berkata-kata yang tidak senonoh, sentiasa memaniskan wajah, tahu untuk memberikan senyuman yang ikhlas dan tidak menyombong, tahu untuk beramah mesra dan tidak terlalu jual mahal. Malah wanita yang tidak terlalu cemburu dan menghormati orang lain.

Adakah masih ada lagi wanita seperti ini?



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen