Wanita, Mari Ketahui Mengapa Cinta Anda Selalu Sahaja Ditolak?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sakitnya rasa apabila cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja tanpa dibalas oleh sebelah lagi. Semua yang penah alami kekecewaan pasti akan tahu bagaimana rasa apabila cinta itu ditolak. Saat anda mempunyai perasaan suka dan sayang terhadap seseorang tetapi malangnya, si dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Bahkan, diri anda juga ditolak olehnya. Sedangkan anda begitu yakin bahawa dirinya itu adalah yang sesuai dan terbaik untuk anda. Mari cari tahu mengapa cinta anda selalu sahaja ditolak.



1. Dia menganggap anda sebagai seorang rakan.

Apa yang paling menyedihkan apabila dirinya hanya menganggap anda sekadar seorang rakan sahaja, dan tidak lebih dari itu. Maknanya segala kelakuan dan layanan dirinya terhadap anda hanya sekadar rakan sahaja. Jadi sebelum anda mula luahkan hati anda, baik anda cari tahu dulu apa perasaan dia terhadap anda.

2. Dia tidak berminat terhadap anda.

Mungkin anda bukan wanita idaman dirinya ataupun, anda masih belum mampu mencapai cita rasa yang telah dirinya tetapkan. Bahkan dia merasakan dirinya sepatutnya bersama dengan orang yang lebih baik. Sebab itu lah dia tidak berminat terhadap anda.

3. Anda terlalu mengada-ngada.

Bersikap manja itu memang disukai lelaki tetapi jika anda sebagai pasangannya. Jadi sikap manja anda itu hanya dianggap sebagai mengada-ngada bagi mereka kerana, mereka itu bukan seseorang yang menyukai anda. Jadi dia beranggapan anda terlalu merimaskan.


4. Anda terlalu mudah beremosi.

Jangan terlalu cepat tunjukkan perasaan marah, atau sedih anda. Bahkan sifat cemburu anda. Pasti si dia akan lari tinggalkan anda, mana tidaknya salah sikit anda sudah mula tunjukkan emosi. Anda belum lagi menjadi pasangannya sudah begitu, jika jadi pasangannya bagaimana pula.

5. Anda seorang queen control.

Dia dah rasa-rasa kamu ni terlalu mengawal kebebasan si dia. Ada lelaki yang memberi syarat, mahu berkahwin boleh tetapi apa sahaja mahu dilakukannya jangan sibuk-sibuk nak tahu. Jika sudah berkenan sangat lelaki seperti ini, belajar-belajarlah jadi wanita sporting.

6. Anda tidak cantik di mata si dia.

Mungkin bagi dia anda masih belum cukup cantik untuk dipadankan bersamanya. Mungkin masalah penampilan, masalah muka berjerawat ataupun masalah berat badan. Kadang kala kebenaran itu menyakitkan tetapi anda perlu terima juga.

Boleh jadi antara enam sebab ini, anda miliki salah satunya. Jadi belajar terima kenyataan dan mula mencari pasangan yang terima diri anda seadanya. Pasti akan anda seseorang yang akan menerima anda walaupun apa jua kekurangan yang anda miliki.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen