5 Kelakuan Remeh Wanita Yang Akan Membuat Lelaki Berasa Rindu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya lelaki ini tidak akan memandang secara serius akan perkara yang remeh. Malah mereka ini biasanya akan mengabaikan sahaja perkara yang remeh. Wanita pula suka mengambil tahu walaupun perkara itu remeh, mereka ini juga gemar melakukan perkara-perkara yang remeh sehinggakan menyakiti hati pasangan mereka. Tetapi siapa sangka perbuatan yang remah yang tidak digemari oleh lelaki itu lah yang akan dirindui oleh orang lelaki ini. Pelik bukan? Jom kita cari tahu kelakuan remeh yang mana bakal buat orang lelaki rindu.



1. Sikap wanita yang suka berikan perhatian.

Lelaki suka jika pasangannya itu memberikan perhatian kepadanya terutama jika ia sedang tidak sihat. Ini adalah salah satu cara mereka untuk bermanja. Bukan itu sahaja, lelaki juga sukakan pasangan mereka berikan perhatian tentang apa yang mereka pakai, perfume apa yang mereka gunakan serta pelbagai lagi. Jadi apabila mereka berjauhan, sikap pasangan mereka yang suka berikan perhatian yang remeh ini membuat mereka berasa rindu.

2. Pandai memasak.

Mungkin bagi lelaki wanita seharusnya pandai memasak. Bahkan bagi mereka hampir semua wanita ini pasti akan memasak. Jadi bagi dirinya ia adalah perkara remeh yang langsung tidak penting. Tetapi jika anda pandai memikat selera si dia dengan masakan anda, terutama lauk kegemaran dirinya, pasti si dia akan berasa rindu terhadap anda serta masakannya apabila berjauhan.

3. Sikapnya yang manja dan inginkan perhatian.

Wanita mana sahaja yang tidak manja dengan pasangannya. Sekasar mana pun wanita terbabit, pasti dirinya tetap seorang wanita yang akan bermanja dengan pasangannya. jadi apabila berjauhan, sikap manja wanita seperti inginkan perhatian dan merajuk ini sudah pasti akan menjadi perkara yang dirindui. Bahkan kadang kala ia boleh terbayang-bayang di fikiran.


4. Sikap keibuan yang ada dalam diri pasangannya.

Lelaki ini walaupun dirinya kelihatan kuat dan gagah tetapi kadang kala ingin juga dimanjakan. Sebab itu mereka ini akan rindukan pasangan mereka yang ambil berat serta manjakan dirinya. Mereka ini Nampak sahaja kuat tetapi mereka ini lebih manja berbanding wanita. Terutama jika mereka ini adalah anak emak, mau tak manja.

5. Sikap wanita yang matang.

Tidak semua wanita hanya tahu merengek dan mengada-ngada sahaja. Ada sahaja wanita yang mempunyai sifat matang. Terutama jika berhadapan dengan masalah. Ketika berhadapan masalah, lelaki ini suka mendengar pendapat atau pandangan dari seseorang yang mereka kasihi. Terutama jika pasangannya itu sentiasa berikan pendapat secara matang dan bijak.

Mungkin ketika anda berada didepan mata, mereka ini kurang kisah akan perkara-perkara seperti ini. Tetapi apabila berjauhan, sudah pasti mereka ini akan mula menyatakan perasaan rindu mereka kerana terbayang akan lima perkara ini.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen