Jadilah Isteri Penenang Hati Suami Dengan Melakukan 20 Perkara Ini.

Jika si isteri mahu suami yang menyejukkan hati mereka dengan tidak melakukan perkara yang tidak membebankan, begitu juga dengan si suami. Si suami juga pasti mahukan si isteri yang boleh tenangkan hati mereka, dalam apa jua situasi.

Jom lihat antara 20 perkara tersebut…

  • Tahu berpegangan tangan, dan pegang bagaimana si suami sukai.
  • Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.
  • Beri suami peluang memilih tempat makan apabila makan di luar. Dan tidak memeningkan mereka dalam memberi arah jalan.

  • Tanya suami bagaimana anda perlu berkelakuan di khalayak ramai apabila berada disisinya kerana kadang-kala sikap dan sifat wanita ini menjengkelkan dan merimaskan kaum lelaki.
  • Kadang-kala belikan juga suami hadiah-hadiah yang berguna dan dapat diguna dalam jangka masa yang lama seperti tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan sebagainya.
  • Ringankan tulang dengan menolong suami mencuci kereta, potong rambut, memotong kuku dan sebagainya.
  • Jika suami ada melakukan kesilapan, jangan cepat melenting, emosional atau pulangkan paku buah keras.
  • Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami, dan jangan anggap “Alaahhh…lelaki kena la kuat, mana boleh merajuk…”
  • Kadang-kala, layan suami seperti semasa berkawan dulu. Mana tahu boleh mengimbau kenangan lalu.
  • Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun anda tahu dia tidak mahir. Dengan cara begini menunjukkan anda menghormati mereka sebagai lelaki.
  • Menghiasi tempat tidur macam tempat tidur pengantin supaya suami selesa.
  • Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

  • Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.
  • Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat biasa atau beritahu mereka dimana barang tersebut anda menyimpan. Jangan buat tidak tahu pula.
  • Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
  • Jangan dera suami fizikal dan batin. Zaman sekarang ada juga wanita yang suka mendera suami dalam diam. Menampar, memukul, mencubitatau menggigit sehingga meninggalkan kesan.
  • Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan suami, oarang yang ditemui dan sebagainya.
  • Beri tindak balas positif jika suami bercerita. Jangan buat dengar tidak dengar. Mereka juga memerlukan pendengar setia daripada seorang isteri.
  • Masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.
  • Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu. Bukannya dengan balasan "Eiiii...lawak apa yang awak buat ni? Hambar je..."

Selamat Mencuba!

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen