4 Panduan Khas Buat Anda Yang Bakal Berjumpa Keluarga Pasangan Buat Kali Pertama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila pasangan anda mengajak anda untuk berjumpa dengan ahli keluarganya, apakah perasaan anda? Risau? Teruja? Bimbang? Atau gembira? Sudah pasti anda mempunyai pelbagai perasaan pada ketika itu. Rasa tidak bersedia pasti turut dirasai. Tapi dalam pada masa yang sama anda pasti lihat keseriusan perhubungan anda bukan? Dalam pelbagai perasaan yang bercelaru itu anda perlu bersedia untuk berjumpa dengan keluarga pasangan anda. Jadi apa yang harus anda lakukan? Jom ketahuinya.



1. Senyum dan ramah.

Perkara yang paling utama yang perlu ditunjukkan adalah sikap peramah anda serta murahkan senyuman anda. Tetapi jangan sesekali anda menyampuk apa yang mereka bualkan. Ia akan membuatkan anda tidak menghormati mereka serta anda akan kelihatan agak biadap di situ. Bukan itu sahaja, anda seharusnya tidak boleh tunjuk pandai dalam semua perkara. Merendah diri dan bersederhana adalah lebih baik. Baru lah mereka rasa anda mempunyai budi bahasa yang baik.

2. Jauhkan diri dari telefon bimbit.

Apabila berhadapan dengan orang tua ini, sudah pasti mereka ini agak sensitif terhadap penggunaan telefon bimbit atau smart phone ini. Jadi jauhkan diri anda dengan telefon bimbit anda. Jika anda hanya melihat dan bermain telefon bimbit, ia akan membuat anda kelihatan tidak tahu bergaul serta tidak menghormati mereka. Jika terdapat panggilan baru lah anda jawab, itu tiada masalah. Tetapi jangan terlalu leka hingga anda mengabaikan keadaan disekeliling.


3. Ketahui apa yang disukai dan tidak.

Sebelum pergi ke rumah keluarga pasangan, cuba selidiki terlebih dahulu apa yang keluarga pasangan suka ataupun tidak. Bukan itu sahaja, anda juga perlu sensitif terhadap isu semasa yang mungkin tidak sependapat dengan keluarga pasangan. Jadi adalah lebih elok jika anda bertanya kepada pasangan anda, bagaimana ibu bapa mereka ini. Baru lah anda dapat fahami serta hint untuk melayani mereka nanti.

4. Berpenampilan yang bersederhana.

Pasti akan berasa teruja untuk bertemu keluarga pasangan anda dan ingin menonjolkan kecantikan diri anda. Tetapi anda harus ingat, cara berpakaian serta penampilan anda itu teramat penting untuk memikat hati ibu bapa pasangan anda. Jangan memakai pakai yang keterlaluan, ataupun sedikit seksi. Adalah lebih baik memakai pakaian yang menutup aurat serta kenakan makeup yang agak tipis dan tidak terlalu berlebihan.

Empat perkara ini adalah perkara yang paling utama yang perlu dititik beratkan. Tetapi jangan lupa, apabila datang ke rumah bakal mertua itu bawa lah sedikit buah tangan. Baru lah anda kelihatan lebih bersedia dan sedikit matang. Ingat anda perlu jaga tingkah laku serta kawal segala kelakuan, biar kelihatan sedikit pemalu agar tidak nampak berlebih-lebih.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen