Kenapa Wanita Cantik Selalu Tidak Bertuah Dalam Percintaan? Jom Ketahui Antara 5 Sebab Ini.

Ramai sahaja dikalangan kaum wanita yang terdetik dihatinya dan merasakan “Eh, aku lagi cantik dari dia, tapi kenapa lelaki lagi suka dekat dengan dia?” “Macam mana dia boleh kahwin awal dari aku…” “Aku kan cantik, kenapa tak ada lelaki nak serius dengan aku?”…dan bermacam-macam fikiran lagi.

Pernah anda merasakan seperti situasi begini? Kenapa ya? Jom ketahui 5 sebab seperti berikut…

1. Tidak Mudah Diajak Berbual.

Kebanyakan daripada wanita yang cantik ini, sukar untuk diajak berbual. Persepsi lelaki mengenai wanita cantik ini, mereka hanya mahu berbual dengan orang-orang yang sama cantik dan sama kacak seperti mereka sahaja. Padahal lelaki yang mahu mendekati wanita cantik tersebut adalah lelaki yang sederhana dan biasa-biasa sahaja.

Oleh itu, ramai lelaki yang terus give up untuk memulakan perbualan dengan wanita cantik. Bukan sahaja takut untuk mendekati dengan mereka, malah nak pandang pun takut sebab nanti digelar ‘pervert’ pula.

2. Terlebih bergaya.

Antara salah satu lelaki takut untuk mendekati wanita cantik adalah, kerana kadang-kala terlalu bergaya dalam penampilan. Wanita cantik sering menggayakan pakaian yang feminin seperti blouse kemana sahaja, dan jarang daripada mereka memakai t-shirt biasa keluar kemana-mana. Bagi pandangan wanita cantik ini, mereka perlulah kelihatan sentiasa cantik supaya tidaklah orang luar melabel “anak dara mana ni selekeh betul..”

Tetapi bagi lelaki, mereka ini terlebih bergaya pula.

3. Tiada humor sense.

Seperti point nombor 1, bukan sahaja sukar diajak berbual malah tiada pula humor sense. Pendek kata wanita cantik ini kelihatan seperti menyombong dan sukar untuk diajak bergelak ketawa. Jika lelaki cuba untuk membuat lawak, tidak sampai pula ‘punchline’ nya. Apabila lelaki ini berusaha untuk membuat seorang wanita itu tergelak tetapi balasannya hambar, sudah pasti lelaki akan berasa kecewa.

Kadang-kala wanita cantik ini juga terlalu serius dalam perbualan. Mungkin kerana pengaruh keliling seperti ibu bapa yang tegas, dan terlalu fokus pada komitmen hidup.

4. Terlalu berkeyakinan.

Apabila wanita cantik ini terlebih bergaya, secara automatik wanita ini akan berasa yakin. Untuk membina keyakinan ini kadang-kala bukan untuk pandangan orang luar semata-mata, tetapi untuk mereka sendiri. Tanpa wanita sedar, dalam membina keyakinan diri tersebut, ramai orang sekelilingnya menganggap wanita sebegini sukar untuk didekati terutamanya dari kaum lelaki.

Jadi, hati-hati dengan setiap gerak-geri anda, kerana kita tidak tahu hati dan perasaan orang lain. Ada yang mengagumi anda sebagai peminat, NAMUN ada sahaja yang dengki.

5. Terlalu bijak.

Tidak mudah diajak berbual, tiada humor sense malah serius, wanita ini juga dianggap terlalu bijak oleh sesetengah lelaki. Jika mahu berbual, ada sahaja mahu dibantah dan memiliki hujah dan pendapat yang sangat ‘kuat’. Dipendekkan cerita, wanita sebegini dianggap oleh lelaki sebagai “Yelahhh, kau sorang je yang betul..”

Oleh kerana itu, kelihatan ada sahaja lelaki yang mudah putus asa dengan wanita sebegini. Lelaki memang suka mengejar wanita yang mereka suka dalam diam, tetapi memang betul-betul susah nak kejar pula. Namun sedemikian, terpulang pada setiap individu mengikut citarasa masing-masing.

Adakah, anda tergolong dalam wanita cantik ini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen