Manjadi Pasangan Yang Baik Itu Bagaimana? Jom Ketahui 5 Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila melibatkan diri dalam perhubungan sudah pasti lah, anda mempunyai hasrat untuk menjadi pasangan terbaik buat kekasih anda. Terutama jika pasangan anda itu cukup terbaik untuk anda, sudah pasti anda ingin memberikannya lebih. Jadi anda perlu menjadi seorang pasangan yang sentiasa ada disaat dirinya perlukan serta berikan perhatian terhadapnya. Tetapi ada banyak lagi cara untuk jadi pasangan terbaik. Mari ketahuinya.



1. Berikan dirinya kebebasan dan ruang.

Ramai pasangan yang bertahan antara satu sama lain, apabila pasangannya itu tidak bertindak untuk menyekat segala perbuatannya. Hal ini menunjukkan bahawa pasangannya itu memahami dirinya. Jadi sebagai pasangan yang baik, cuba untuk berikan ruang buat pasangan anda untuk dirinya melakukan apa sahaja yang disukai, bahkan anda menyokong setiap perkara yang dilakukan segala tidak salah di sisi agama dan undang-undang.

2. Mengingati perkara yang penting dirinya.

Untuk menjadi pasangan baik serta romantik ini, tidak perlu untuk sediakan kejutan yang membuat pasangan terharu, tetapi jika ada tidak salah pun. Ia cukup sekadar anda menginagti hari-hari penting seperti tarikh lahir dirinya, ulang tahu perhubungan kalian, tarikh peperikasaan diri atau pelbagai lagi. Banyak pasangan yang hadapi situasi tegang kerana pasangannya melupakan hari-hari yang penting ini.

3. Menghormati dirinya.

Pasangan yang baik juga akan sentiasa menghormati pasangannya. Di mana dia tahu menggunakan nada yang betul kepada pasangannya serta menghormati pandangan pasangannya. Sebagai pasangan yang baik juga tidak memperlekehkan serta meremehkan pasangannya. Hal ini kerana, anda perlu menjaga hati si dia dengan baik tanpa melukakan akan perkara yang tidak sepatutnya.


4. Selalu ada untuknya.

Tidak lupa juga, pasangan yang baik akan sentiasa ada untuk kekasihnya. Dirinya tidak akan meninggalkan pasangannya berhadapan dengan masalah secara bersendirian. Dia juga akan memberikan kata semangat terhadap pasangannya walau dalam apa jua keadaan. Tidak penah pun dia meninggalkan pasangannya apabila pasangannya berhadapan dengan masalah.

5. Pendengar yang baik.

Apa yang paling utama dalam menjadi pasangan terbaik adalah menjadi pendengar terbaik. Dengan menjadi pendengar pasangan, ia cukup membantu menghilangkan rasa kerisauan serta keraguan dala, dirinya. Jadi jika anda tidak mampu untuk lakukan pelbagai perkara lain, cukup sekadar menjadi pasangan terbaik buat buah hati anda.

Tidak susah untuk menjadi pasangan terbaik, asalkan anda mempunyai kerelaan yang tersendiri tanpa paksaan. Bukan itu sahaja, anda juga ikhlas terhadap semua perkara yang anda lakukan demi pasangan anda itu tanpa sebarang runggutan.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen