Mereka Yang Terlanjur Juga Boleh Mendapat Jodoh Yang Baik, Sekiranya Bertaubat.

Setiap insan di atas permukaan bumi ini sudah tentu mengimpikan pasangan yang bertanggung jawab, dapat memahami hati dan perasaan, dan yang paling penting adalah seorang yang baik. Pandangan seseorang terhadap orang yang BAIK adalah, insan yang menjaga ibadah, beriman dan sedap pula mata memandang.

Berkenaan dengan jodoh, siapa sahaja tidak mahu jodoh yang baik, bukan? Tetapi JODOH ITU ADALAH CERMINAN DIRI KITA.

Seperti Allah SWT berfirman; “Wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.” (An-Nur: 26)

Jadi, berkenaan dengan surah di atas, adakah mereka yang telah terlanjur atau telah berzina TIDAK AKAN BERJODOH DENGAN DENGAN ORANG YANG BAIK-BAIK?

Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya. Mereka yang telah berzina akan mendapat jodoh yang baik, TETAPI DENGAN SYARAT MESTI BERTAUBAT dengan bersungguh-sungguh dan MENYESAL dengan kesilapan lalu. Allah itu Maha Pengampun seperti Allah telah berfirman;

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”(An-Nisa : 17)

Jika penzina tidak bertaubat, maka jodohnya mungkin adalah di kalangan penzina juga.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

“Lelaki penzina tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan perempuan penzina tidak boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin”(An-Nur : 3)

Melalui ayat di atas, Allah SWT ingin memberi amaran pada manusia supaya tidak jatuh ke lembah zina.Jika zina terjadi maka kesan dan akibat kepada penzina amatlah buruk jika tidak bertaubat. Malah penzina hanya layak berkahwin dengan penzina sahaja.

Bermaksudnya jika seseorang itu adalah seorang penzina, maka pasangan yang layak baginya juga adalah penzina KECUALI dia telah bertaubat.

Dan, bagi mereka yang telah terlanjur juga TIDAK PERLU untuk memberitahu pasangan tentang dosa zina pada masa lalu. Dosa yang telah lalu tidak perlu dikenang kerana khuatir akan memudaratkan dan menjejaskan hubungan.

Oleh kerana itu, anda perlu bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh kerana menyesal dengan perbuatan yang lalu dan berharap hati kental untuk menutup aib sendiri, malah tidak pula menghebahkan aib tersebut. Tutup terus buku lama. Jangan diselak lagi.

Abu Hurairah R.A. pernah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap umat-Ku akan dimaafkan kecuali golongan yang menyebarkan (tentang dosa-dosa yang mereka lakukan).

Sesungguhnya antara perbuatan Al-Mujaharah ialah seseorang melakukan dosa di waktu malam, dan Allah telah menutup dosanya (daripada diketahui orang lain), lalu orang tadi di waktu pagi berkata:

Ya Fulan! Aku telah melakukan itu dan ini semalam. Sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan Tuhannya menutupkan dosanya itu, tetapi dia bangun pada waktu pagi lalu membuka apa yang telah Allah tutupkan.” (Sahih Al-Bukhari : 5721 dan Muslim : 2990)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen