Jangan Mengambil Kesempatan Ke Atas Lelaki, Dengan Melakukan 6 Perkara Ini.

Memang benar lelaki banyak mendiamkan diri ketika dilanda masalah. Ada juga sebahagian daripada mereka mengasingkan diri kerana mahu bertenang. Lelaki yang baik juga kadang-kala kelihatan tidak kisah diperlakukan seperti tidak dihargai oleh kaum wanita, kerana mereka malas berkomunikasi.

“Banyak cakap pun tak guna, sebab perempuan je yang asyik betul…”

Oleh kerana mereka malas untuk berkomunikasi lah, membuatkan ramai wanita mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya. Jika benar anda sayang pada teman lelaki atau suami anda, jangan lakukan 6 perkara ini untuk mengelak pasangan mengangkat kaki…

1. Korek tentang bekas kekasih.

Air Yang Tenang, Jangan Disangka Tiada Buaya. Semat kan lah perumpamaan ini pada minda anda, apabila berbicara tentang kekasih lama pada pasangan yang anda lihat tenang raut wajahnya. Anda lihat si dia seperti tidak kisah apabila berbicara mengenai bekas kekasih, tetapi jika mahu bergurau pun masih bercerita dan mengutuk bekas kekasihnya, jangan pula marah jika si dia seolah-olah back up bekas kekasihnya.

Kenapa anda masih mahu mengorek tentang bekas kekasihnya, jika anda yang si dia pilih untuk bernikah.

2. Berdebat di sosial media.

Jika berlaku pergaduhan, elakkan berdebat dengan pasangan di sosial media. Elakkan diri menjadi pencetus untuk segala pergaduhan yang akhirnya akan mengakibatkan pasangan anda mula muak dengan sikap anda dimana semua perkara perlu dikongsi di sosial media.

Face to face dengan pasangan, supaya setiap masalah dapat diselesaikan dengan betul.

3. Menggunakan alasan period.

Setiap wanita pasti akan menggunakan alasan ini apabila swing mood.  Jangan cipta alasan ini seolah-olah lelaki tidak boleh swing mood juga. Lelaki juga beremosi, mudah berasa marah, sedih, dan kadang-kala mahu menangis juga. Mereka tidak menunjukkan reaksi ini kerana tidak mahu kelihatan lemah pada pasangannya sahaja. Lelaki juga manusia biasa, makhluk Allah SWT.

4. Suka mereka-reka cerita.

Apabila bergossip, kaum wanita kadang-kala suka menokok tambah cerita untuk menambah perisa. Memang kadang-kala ia tiada kaitan dengan pasangan anda, namun anda perlulah menjaga air muka dirinya, dan jika berkahwin, anda perlu menjaga air muka ramai pihak.

Jika anda seorang yang suka bergossip sana sini, sudah tentu ahli keluarga anda akan merasa malu, bukan sahaja ibu bapa, termasuklah ibu bapa mertua juga. Apa yang suami anda mahu jawab pada mereka nanti.

5. Menjerit di khalayak orang ramai.

Secara tiba-tiba anda dengan pasangan mempunyai perbezaan pendapat ketika mahu membeli barang. Anda tidak bersetuju dengan pendapat pasangan, sehingga tidak dapat mengawal emosi. Anda juga hilang sabar, dan mula melenting malah meninggikan suara sehingga memalukan pasangan anda.

Jika ini berlaku ketika anda dengan pasangan sudah berkahwin, secara automatic anda telah melakukan 2 kesalahan yang boleh dianggap berdosa pada suami, iaitu MENINGGIKAN SUARA dan MENGAIBKAN SUAMI.

Didiklah diri anda mula dari zaman bujang, supaya tidak menjadi kebiasaan sehingga sudah berumah tangga.

6. Memotong cakap pasangan.

Dan yang paling penting, dengar dahulu pendapat dari pasangan anda. Ya, wanita memang terlalu banyak perkara yang mahu dibicarakan, dibualkan, ada sahaja isu, ada sahaja masalah. Masalah lama baru sahaja diselesaikan, tiba-tiba ada pula masalah baru muncul. Pasangan mahu memberi pendapat, anda memotong cakapnya, hormatilah pasangan ya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen