Walaupun Tidak Romantik, Tapi Pasti Terharu Jika Pasangan Lakukan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana gadis pasti idamkan seorang pasangan yang sweet, romantik serta penuh dengan kejutan. Mana tidaknya, lelaki seperti ini dikatakan mampu menjaga serta memahami hati wanita dengan baik. Namun bagaimana dengan lelaki yang tidak romantik ini? Kasihan mereka tiada siapa yang mahu.



Tapi jika pasangan anda bukan seorang yang romantik, tidak mengapa. Asalkan dirinya lakukan lima perkara ini. Ia lebih dari sekadar beri kejutan ataupun bersikap romantik. Berikut adalah lima perkara yang lelaki tidak romantik akan lalukan.

1. Sentiasa ada dikala susah dan senang.

Pasangan yang sanggup susah dan senang ini sebenarnya agak susah untuk cari. Ia bukan hanya susah senang berdasarkan kewangan sahaja, tetepi boleh ia juga susah senang ketika anda sedang sakit. Di mana dirinya akan menjaga serta merawat anda. Perkara-perkara seperti ini sebenarnya akan jadi lebih romantik berbanding dengan kata-kata manis serta kejutan yang pelbagai bukan?

2. Senang hulurkan bantuan.

Dia sentiasa ada tidak kira anda di mana. Jika dalam kesusahan anda hanya perlu hubungi dirinya sahaja, pasti dia akan ada dihadapan mata anda. Pasangan seperti ini bukan sahaja mudah untuk hulurkan bantuan di rumah tetapi ia juga seolah-olah pelindung yang mahu menjaga anda. Beruntung jika miliki pasangan seperti ini, mana tidaknya dia akan ringankan beban anda dengan menjaga anak serta mengemas rumah apabila anda berkahwin dengannya nanti.

3. Pendengar yang setia.

Tak romantik tak apa, asalkan sentiasa sedia tadahkan telinga untuk dengar segala luahan hati kita ini. Selepas itu, dirinya memberikan nasihat serta sokongan dalam setiap perkara yang anda perlu lalui. Di situ kita tahu bahawa dirinya adalah pasangan yang baik. Di mana dirinya tidak akan membiarkan anda keseorangan hadapi perasaan anda sendiri.



4. Membimbing anda ke jalan kebaikan.

Rata-rata orang pasti mahukan pasangan yang akan membimbing ke jalan kebaikan. Walaupun bukan seorang ustaz atau ustazah tetapi dirinya sentiasa memperingatkan tentang agama serta mengajak anda melakukan kebaikan. Di sini boleh lihat bahawa dia bukan hanya mahu menjadikan anda pasangan di dunia sahaja bahkan di syurga juga.

5. Sanggup rendahkan egonya.

Tidak ramai yang sanggup rendahkan ego mereka kerana seorang wanita. Tetapi jika ada yang melakukan pasti ia akan membuat pasangannya terharu bahkan akan lebih dihargai. Ini bukan sahaja romantik tetapi telah merangkumi segalanya yang akan membuatkan pasangnnya bahagia.

Tidak semua orang mahukan pasangan yang romantik, tetapi jika pasangannya mempunyai lima perkara ini pun sudah cukup membuatnya terharu dan rasa disayangi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen