9 Cara Untuk Membuatkan Lelaki Tidak Putus Asa Mengejar Anda Untuk Dijadikan Sebagai Pasangan.

Lelaki mahu dikejar, wanita mahu dikejar, tiada siapa pun yang akan tidak mahu mengejar. Kerana memang lumrah manusia suka mengejar sesuatu yang dapat ‘menangkap mata’ mereka, sesuatu yang dapat menarik perhatian.

Oleh itu khusus pada wanita, jom lakukan 9 cara ini untuk membuatkan lelaki terkejar-kejar pada anda…

1. Jangan kerap menghubungi mereka.

Apabila anda sudah memiliki nombor telefon bimbit mereka, jangan terlalu kerap menghubungi mereka seperti membuat panggilan dan whatsapp. Ini untuk menunjukkan usaha lelaki tersebut menghubungi anda dahulu.

2. Jangan mengangkat panggilan dengan satu deringan.

Lihat sahaja nama lelaki yang anda suka membuat panggilan, anda terus mengangkat panggilan tersebut. Lelaki itu pun terkejut, seolah-olah telefon bimbit memang 24 jam di tangan anda. Cuba tunggu lama sikit, supaya anda dapat melihat lelaki tersebut boleh menunggu atau tidak.

3. Membuatkan kehidupan anda kelihatan menarik.

Majoriti lelaki suka melihat perkara yang boleh membuat mereka berasa kagum. Jadi, lakukan sebarang aktiviti yang boleh buat lelaki ini kagum, seperti membuat percutian, adanya aktiviti out door setiap minggu, atau serlahkan bakat yang anda ada contoh bermain muzik, melukis atau seumpama dengannya.

Apabila segala aktiviti anda upload di sosial media, lelaki ini akan tertarik dengan kehidupan anda, dan cuba untuk berkenal rapat dengan diri anda.

4. Pandai meluangkan masa dengan ahli keluarga.

Sekali-sekala upload juga aktiviti anda bersama keluarga di sosial media, supaya si dia tahu anda ini tidak pernah melupakan keluarga atau digelar family person.

5. Jangan terlalu mempamerkan kesedihan.

Wanita yang terlalu mempamerkan kesedihan, kerap murung dan menangis akan membuatkan seorang lelaki menjauhkan diri. Ini kerana lelaki akan berasa keliru jika mahu mendekati anda. Dia mahu memujuk kerana kasihan, tetapi tidak mahu pula jatuh hati kerana simpati.

6. Jangan terlalu mengekori atau menjadi stalker.

Anda mahu dikejar, jadi jangan terlalu mengejar mereka. Jangan terlalu kerap mengekori dimana sahaja mereka berada, malah sering menjadi stalker di sosial media. Keadaan ini akan merimaskan diri mereka, sebenarnya.

7. Berkeyakinan untuk bersosial.

Lelaki juga akan tertarik dengan wanita yang mampu bersosial, dan memiliki ramai kawan terutamanya kawan lelaki. Ini kerana mereka akan rasa tercabar, dan tertanya-tanya gerangan lelaki yang berjaya mendekati anda.

8. Tidak terlalu mengemis perhatian.

Lelaki akan terus mengejar pada wanita yang tidak terlalu mengemis perhatian. Sudah lumrah seorang wanita mahukan perhatian 24 jam, tetapi cuba elakkan meminta perhatian secara kerap. Ini akan membuatkan lelaki tersebut pula mahukan perhatian daripada anda.

9. Bijak membuka hatinya.

Wanita yang bijak adalah seorang yang tahu untuk membuat dirinya senang berada disekeliling sesiapa sahaja terutamanya seorang lelaki yang mungkin minat mereka dalam diam. Wanita ini telah berjaya membuka hati lelaki tersebut supaya mengejar dirinya, dan tidak sia-sia dikejar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen