Jangan Ulangi Kesilapan Ini Jika Anda Ingin Bertahan Dalam Hubungan Yang Dibina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang akan melakukan kesalahan ketika jalinkan perhubungan. Tidak kira lah ia satu kesalahan yang besar atau kecil, tetapi jika ia dimaafkan oleh pasangan itu bermakna anda perlu bersyukur dengannya. Hal ini kerana, pasangan anda cuba memberi peluang kepada anda untuk memperbaiki kesalahan tersebut. Bahkan ingin menguji jika anda akan mengulanginya ataupun tidak.

Berikut adalah kesalahan yang tidak boleh diulangi lagi.

1. Menipu kerana ingin berjumpa dengan rakan.

Setiap orang pasti pernah lakukan perkara ini bukan? Hanya kerana rakan kadang kala kita sanggup menipu pasangan. Mana tidaknya, pasangan tidak benarkan untuk keluar lepak bersama rakan-rakan sudah tentu lah hati akan memberontak. Tetapi selama ini akan menipu dirinya masih belum kantoi lagi.

Namun begitu, jangan ulangi perkara ini lagi. Hal ini kerana, jika pasangan anda dapat tangkap perbuatan anda, sudah pasti lah dirinya akan rasa kecewa akan anda. Takut nanti dirinya tidak mahu berikan anda peluang lagi kerana rasa tertipu dengan kepercayaan yang telah diberikan.

2. Buat satu keputusan tanpa tanya pendapat pasangan.

Jika anda pernah membuat keputusan sendiri mengenai hidup anda serta peribadi anda tanpa tanya sedikit pendapat pasangan anda, tidak seharusnya anda lakukan sekali lagi. Pasangan anda mudah terluka jika dirinya dibelakangkan walaupun ia adalah hal yang remah. Adalah lebih baik berkongsi setiap hal itu walaupun ia kecil. Jika tidak pasangan anda mungkin akan menjauhkan diri dari anda.

3. Berlaku curang.

Berlaku curang ini bukan satu kesalahan yang kecil dan tidak seharusnya mendapatkan peluang kedua. Tetapi jika anda memperolehi perluang kedua, anda seharusnya bersyukur dan menjaga kepercayaan pasangan anda. Jika anda lakukan sekali lagi, percaya lah anda tidak akan dapat memiliki hatinya lagi.

4. Membuat perbandingan.

Siapa sahaja yang suka membuat dibandingkan dengan orang lain. Jika ini terjadi terhadap anda ia juga timbulkan rasa tidak selesa. Terutama jika ia perbandingan dengan dirinya berserta bekas kekasihnya. Anda perlu ingat bahawa dia dan bekas kekasih anda adalah orang yang berlainan. Jadi sudah pasti lah ia mempunyai perbezaan dan bukan persamaan.

Kesimpulannya, setiap kesalahan yang dilakukan cukup lah hanya sekali. Tidak perlu diulangi banyak kali yang hanya membuat anda kehilangan pasangan anda sahaja. Lain lah jika anda hanya mempunyai niat untuk permainkan dirinya sahaja. Anda perlu tahu bahawa setiap peluang itu hanya datang sekali sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen