Wanita Lambat Berkahwin Bukan Tidak Menemui Jodoh, Tetapi Pilihan Hati Diragui Oleh Ibu Bapa.

Fenomena lambat bertemu jodoh sudah berleluasa dalam masyarakat kita. Namun, puncanya bukanlah empunyai diri yang terlalu memilih, tetapi pilihan hati yang kadang-kala tidak direstui dan diragui oleh ibu bapa. Sudah lama bercinta, malah bertunang, namun akhirnya terkandas jua di tengah jalan. Tidak mahu salahkan takdir, dan menganggap sahaja tiada jodoh. Berkemungkinan ada hikmahnya apabila tidak berjodoh dengan si dia.

Jangan persalahkan kaum wanita apabila lambat berkahwin, kerana kadang-kala mereka mempunyai hati dan perasaan untuk dijaga. Malah untuk menjaga hati kedua ibu bapanya yang telah menanggung dirinya dari kecil sehingga besar. Apabila kedua ibu bapanya telah lanjut usia, wanita ini juga yang akan menjaga orang tuanya. Bukan jirannya, malah saudara yang terdekat.

Dengan stigma masyarakat juga adalah punca besar mengapa seorang wanita lambat bertemu dengan jodoh. Apabila wanita itu kelihatan cantik dan ada kerjaya, jadi pandangan orang kita ini mahukan wanita tersebut berpasangan dengan lelaki yaang mempunyai kerjaya yang lebih tinggi. Apabila wanita ini memiliki kulit yang cantik, putih gebu, maka mereka perlu berpasangan dengan lelaki yang sepadan juga dengan kulitnya.

Malah lebih dramatik apabila wanita tersebut mempunyai pelajaran yang bagus tahap ijazah, pasangannya pula perlulah pada tahap yang sama, atau lebih tinggi sahaja. Jadi, bagaimana wanita ini mahu bertemu jodoh sedangkan hati dan perasaannya dalam dilemma untuk menjaga hati dan perasaan kedua ibu bapanya?

Sudah lumrah orang tua, pasti rasa sedikit terhina apabila anaknya berpasangan dengan seseorang yang bukan pada tahap sepadan yang sama. Lebih terhina apabila pandangan jiran dan masyarakat terhadap diri mereka, yang orang tua ini tidak tahan apabila saudara mara yang pernah bersusah senang ketika muda, mula menjenggilkan mata mendengar anaknya berpasangan dengan lelaki yang biasa-biasa.

SUKAR UNTUK HIDUP DALAM MASYARAKAT MELAYU SEKARANG.

Begitulah jika hidup dalam masyarakat melayu, ibu bapa adalah orang yang lebih berpengalaman, dan terdahulu makan asam garam kehidupan pasti jua termakan dengan kata-kata orang luar. Apabila mempunyai pandangan sebegini, sudah tentu pilihan hati menjadi keraguan di hati ibu bapa.

Sedangkan kita orang muda yang hidup pada generasi baru ini, tidak kisah hidup bersama pasangan yang telah kita kenal hati budinya. Sepadan melalui pandangan masyarakat melayu adalah...

  • Usia yang tidak jauh beza.
  • Pekerjaan yang sama taraf dan jawatan yang tinggi.
  • Pelajaran pada tahap yang sama.
  • Malah mempunyai kekayaan yang tidak memalukan orang sekeliling.

Tetapi apa yang dianjurkan dalam Islam adalah, sepadan melalui...

  • Tahap keimanan pasangan, adakah pasangan mempunyai ilmu agama atau tidak? Sama-sama mahukan hubungan atau pernikahan dengan keberkatan Ilahi atau tidak?
  • Tahap kesihatan masing-masing yang boleh melahirkan zuriat yang sihat, supaya dapat melahirkan generasi baru yang cemerlang dan gemilang.
  • Kedua –dua pasangan mempunyai pekerjaan yang halal, dan mempunyai pendapatan supaya dapat berdikari setelah berkahwin tanpa pergantungan ibu bapa lagi.

Tidaklah haram dan berdosa jika berkahwin dengan mereka yang tidak sekufu atau sepadan ini, namun apa yang dianjurkan dalam Islam adalah untuk keharmonian rumah tangga antara pasangan. Supaya rumah tangga mencapai Sakinah Mawaddah Wa rahmah.

Jadi, usahlah menghukum dan menilai terlalu cepat apabila seorang wanita itu lambat berkahwin. Lambat berkahwin tidak semestinya empunyai diri tidak pernah berjumpa atau berkenalan dengan sesiapa, tetapi kerana mahu menjaga hati dan perasaan ibu bapa, malah untuk mengelakkan stigma orang luar yang terlalu kejam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen