5 Perkara Yang Anda Boleh Berubah Demi Pasangan Ketika Bercinta.

Kita sering sahaja mendengar, jangan berubah menjadi orang lain ketika bercinta kerana kita seharusnya menjadi diri sendiri ketika bercinta. Anda tertanya-tanya perubahan yang bagaimanakah anda perlu ubah diri sendiri supaya tidak menjadi orang lain? Adakah perubahan itu amat diperlukan supaya hubungan percintaan menjadi harmoni?

Selain dari aspek Islam seperti anda perlu berubah menjadi orang yang lebih baik anda juga boleh pertimbangkan perubahan tentang 5 perkara ini ke arah kebaikan…

1. Hobi.

Hobi seseorang kadang-kala dipengaruhi oleh tempat, waktu dan masa juga. Tidak semestinya seseorang tersebut mempunyai hobi yang sama daripada kecil sehinggalah ke besar, kan? Jadi tidak hairan lah sekiranya ketika bercinta juga, anda mempunyai hobi yang lain pula terutamanya bersama pasangan. Namun, anda tidaklah lupa pada hobi sendiri, cuma kalian berdua ingin melakukan hobi tersebut bersama-sama. Hobi anda, hobi pasangan juga.

2. Olahraga dan diet.

Antara perubahan yang baik ketika bercinta adalah, anda secara perlahan-lahan cuba berhenti merokok dan aktif dalam bersukan. Ini kerana pasangan anda adalah seorang yang tidak boleh duduk diam dan ada sahaja aktiviti yang diluangkan setiap hujung minggu untuk mengeluarkan peluh. Perubahan ke arah kebaikan ini lah yang perlu diperoleh setiap orang yang bercinta.

3. Sikap atau habit buruk.

Setiap manusia pasti mempunyai sikap atau habit yang buruk sehingga tidak senang orang luar melihatnya. Malah tidak mahu mendekati jika anda mempunyai sikap buruk tersebut. Sikap buruk yang bagaimana ya? Mungkin sebelum ini anda seorang yang panas baran dan cepat melenting, namun sekarang anda pandai mengawal perasaan tersebut.

Selain daripada itu, anda menjadi seorang ringan tulang, pembersih, suka menolong orang dan seumpama dengannya.

4. Cara memandang masa depan.

Jika sebelum ini anda tidak suka tentang perkahwinan, dan urusan anak-anak. Namun, ketika bercinta anda berubah menjadi seorang yang matang, dan mahu menempuh komitmen. Perkahwinan atau pernikahan adalah salah satu sunnah, jadi kenapa anda perlu menidakkan sunnah Nabi SAW? Malah, anda lebih berwawasan dan mempunyai pandangan perspektif yang lebih positif.

5. Cara perbincangan yang lebih matang.

Anda seorang yang suka lari dari masalah, dan tidak suka menyelesaikan segala konflik. Perkara ini memang amat menjengkelkan bagi setiap orang, kerana sikap sebegini membuatkan orang tertanya-tanya dan ragu-ragu. Jadi, sikap beginilah harus diperbaiki dan berubah menjadi lebih baik. Bukan sahaja untuk kesenangan orang ramai, bahkan diri anda sendiri juga akan temui kesenangan ketika mengalami rumah tangga yang goyah.

Marilah sama-sama berubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen