Mengapa Lelaki Berubah Selepas Bercinta? Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum memiliki seorang wanita, lelaki akan berusaha dengan sehabis baik untuk menambat hati mereka. Dalam tempoh perkenalan itu, lelaki tersebut akan membuat seorang wanita tersenyum mahupun angau dilamun cinta. Namun begitu, selepas menjadi pasangan kekasih lelaki akan lebih mudah berubah dari segi sikap, kelakuan serta tingkah laku.

Rata-rata wanita banyak menyatakan lelaki lebih mudah berubah apabila satus perhubungannya dari seorang rakan betukar menjadi kekasihnya. Mengapa perkara seperti ini berlaku? Adakah kerana sikap pasangannya atau sikap lelaki itu sendiri? Mari kita ketahuinya.



1. Dikongkong.

Lelaki biasanya boleh berubah dengan status perhubungan ini bukan kerana apa, mereka ini dahulunya bebas melakukan apa sahaja ikut kemahuan mereka. Tetapi apabila bercinta ini, pasangannya mula cuba mengawal dan menyekat apa yang dirinya suka lakukan. Sebab itu lah timbul perubahan yang ketara dalam diri mereka. Ia adalah salah satu cara untuk dirinya membrontak terhadap pasangan mereka.

2. Bosan dengan anda.

Dahulu ketika berkawan dan berkenalan anda mungkin bukan seorang yang membosankan. Tapi setelah menjadi pasangannya, baru dia sedari bahawa anda mempunyai sikap yang cepat membuatnya terasa bosan. Hal ini kerana, sikap anda dahulu dan sekarang berlainan. Sebab itu dirinya berubah sikap dengan harapan anda berubah kelakuan anda kepada yang dahulu. Namun anda pula yang tidak memahami apa yang dirinya mahukan.



3. Ingin mempermainkan anda.

Boleh jadi juga, jika seseorang itu berubah sikap setelah menjalinkan perhubungan ini disebabkan niat mereka. Jika niatnya hanya untuk mempermainkan anda, jadi tidak mustahil jika sikap dan tingkahnya berubah setelah kalian menjalinkan hubungan cinta. Tapi biasanya jika ia hanya ingin permainkan anda, sudah pasti saat perkenalan anda dapat menangkapnya.

4. Anda juga turut berubah.

Jangan anda sangka bahawa dirinya sahaja yang berubah sedangkan anda masih sama. Selepas berubah status kepada percintaan, boleh jadi kedua-dua kalian mengalami perubahan sikap. Hal ini kerana, kalian ingin melindungi pasangan kalian dan takut akan kehilangan dirinya, sebab itu lah perubahan itu berlaku dalam perhubungan tersebut.

Jadi kesimpulannya, perubahan sikap seseorang itu adalah bergantung pada perhubungan tersebut serta tindakan pasangannya ketika perkenalan dan percintaan. Jadi jangan hanya salahkan pasangan sahaja tetapi lihat kembali kelakuan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen