Jodoh Itu Juga Adalah Rezeki Dari Allah SWT. Jom Ketahui Cara Untuk Berusaha Menjemput Jodoh.

Rezeki perlu diusahakan dan perlu bersyukur diatas nikmat pemberian-Nya. Begitu juga dengan jodoh, apabila tidak berusaha dengan titik peluh sendiri, sukar untuk pula untuk rasa bersyukur. Rezeki yang sedikit perlu disyukuri, sama juga dengan jodoh yang tidak sempurna perlulah diperbaiki.

Dengan cara yang bagaimana?

1. Bersedekah Dengan Ikhlas.

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.

Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Allah berbanding mengharapkan balasan.

Apabila hati ikhlas melakukan kebaikan, secara tidak sedar Allah akan membantu kita dalam apa jua keadaan termasuklah untuk mempertemukan dengan jodoh. Yakin sahaja dengan takdir Allah.

2. Tidak Jemu Berdoa.

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insya Allah, rezeki atau jodoh akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Berdoalah untuk mendapat rezeki yang halal, malah diberikan jodoh dari tempat yang baik-baik. Yang penting jangan jemu untuk berdoa. Berdoalah setiap kali solat 5 waktu.

4. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Dan anda juga perlu tahu bahawa solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Usai sahaja melakukan solat ini, bacalah doa yang berkaitan dengan rezeki, dan tidak salah untuk selit nama si dia jika sudah berkenan di hati. Kekuatan solat Dhuha ini hanya empunya diri yang dapat merasakannya. Bukan sahaja berkenaan dengan rezeki , tetapi untuk jodoh juga.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen