Menjemput Jodoh Dengan Bersedekah, Tetapi Perlu Betul Adabnya Supaya Diberkati Allah SWT.

Sebagai seorang muslim, anda perlu tahu bersedekah amat dianjurkan oleh Islam. Ia bukan sahaja menyucikan hati seseorang, bahkan Allah SWT akan membalas dan memberi rezeki yang kita tidak akan jangkakan seperti jodoh. Apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah SWT, dan yakin dengan perbuatan tersebut dapat memberi manfaat pada orang lain, pasti hati akan merasa senang dan tenang.

Berkenaan dengan jodoh juga, dengan memberi sedekah dapat mendekatkan diri dengan jodoh tanpa kita sedar. Tetapi janganlah berfikiran “Aku nak sedekah, sebab nak jodoh” sama juga seperti “Aku nak berpuasa sebab nak kurus..” Jadi, niat untuk melakukan kebaikan itu khuatir akan terpesong pula.

Itu yang dinamakan adab dalam menjemput jodoh. Adakah betul adabnya ketika anda bersedekah? Adakah betul adabnya ketika anda berdoa? Jom kita lihat adab-adab bersedekah dengan betul…

1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)

2. Pentingnya perasaan ikhlas ketika bersedekah iaitu wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak.

3. Mendahulukan sedekah yang wajib terutamanya dalam ahli keluarga sendiri. Tolong ahli keluarga sendiri terdahulu. Utamakan ahli keluarga dahulu seperti memperbaiki diri kepada kebaikan, dan memberi sedekah.

Seperti yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan seumpama dengannya.

 “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (At-Taubah: 60)

6. Bersedekah dengan harta yang halal kerana ia adalah sedekah yang diterima oleh Allah dan membuahkan hasil.

7. Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya.

Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Al-Baqarah: 264)

8. Wajib ke atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah SWT ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih.

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat.

“Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk siku.

Jangan pula mengambil kembali barang yang sudah disedekahkan pada yang menerima. Itu yang dinamakan buruk siku.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen