Jangan Terlalu Mengejar Cinta Manusia Yang Sementara.

Dilamun cinta pasti indah. Setiap pasangan pasti akan melalui fasa tersebut dimana orang sering mengatakan “Baru bercinta bahagia lah…semuanya manis, semuanya indah…”. Sudah tentu dunia disekeliling pasangan yang sedang hangat bercinta, berbunga-bunga sahaja. Kalau boleh mahukan masa berlalu dengan lambat, tutup mata pun takut kalau pasangan tiba-tiba hilang.

Namun, apabila berlakunya pergaduhan antara pasangan tersebut, muncul pula pelbagai masalah dan konflik yang sukar diselesaikan, apakah solusinya? Pada saat ini juga, secara tiba-tiba pasangan meminta putus kerana tidak lagi serasi. Siapa sahaja yang tidak akan terluka apabila terjadinya situasi begini. Dan ketika ini jugalah hari-hari mula menjadi suram, tiada lagi gelak tawa dan senyuman, diri pula menjadi murung.

Apabila berlakunya situasi begini, pasti kita ingin bersendirian, dan tanpa disedari Allah SWT yang sentiasa disisi, tidak pula dicari.

Jom hayati hadith berikut;

Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda:

“Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan.

Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat mendatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)

Seperti yang diperjelaskan dalam hadith di atas adalah apabila kita berpaling dari Allah SWT, dan mengutamakan manusia lain, pasti sukar untuk kita menjalani hidup harian. Itulah akibatnya apabila terlalu mengharapkan manusia, terlalu bergantung pada manusia, tetapi tidak pada Allah SWT. Namun, jika jika mengharap dan bergantung pada-Nya, Insya Allah Dia akan memberikan kita jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada kita.

Apabila putus cinta sahaja, ingat pada Allah….

Apabila ada masalah sahaja terus teringat pada Allah…

Betapa hinanya kita sebagai manusia, apabila berpaling dari-Nya ketika hati tidak berduka lara…

Oleh kan sebab itu, kadang-kala hidup tidak tenang. Mahu mencari jodoh pun, sukar untuk melekat. Kerana terlalu mengharapkan cinta dari manusia, tetapi tidak dari-Nya. Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup kita akan berubah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen