“Hidup Bahagia Lepas Kahwin, Siang Malam Senyum Saja” – Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup selepas berkahwin ini banyak dugaannya apabila ia melibatkan kewangan yang perlu diuruskan dengan bijak. Terutama jika banyak wang telah digunakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Belum ditambah dengan kelengkapan rumah selepas berkahwin. Perkara-perkara ini yang menyebabkan ramai pasangan mengambil jalan pintas dengan membuat pinjaman. Jadi mari kita baca sedikit perkongsian dari saudara Amir Syahir ini.



Hidup Bahagia Selepas Kahwin

*********************************

Edisi Pengurusan Kewangan

Pada pasangan muda yang baru berkahwin, pasti memerlukan banyak perbelanjaan untuk memulakan kehidupan baru.

Hidup secara bersederhana pada hari ini tanpa perlu berhutang yang tidak perlu adalah lebih bahagia agar pada masa hadapan kita dapat melihat keluarga lebih ceria dan tersenyum mesra.

Banyak wang telah dibelanjakan untuk majlis perkahwinan. Jadi kau memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-3 tahun untuk 'recover' balik kewangan. Kalau majlis kahwin kau tu mak ayah taja takpe lah.

***



Mahu hidup bahagia selepas kahwin dalam segi pengurusan kewangan dan hartanah? Baca ini:

1. Tilam lipat bukan dosa. Bila bahagia setiap malam senyum sahaja.

2. Tetamu datang duduk bersila perkara biasa. Tak perlu beli sofa berhutang dekat Courts atau kedai perabot.

3. Makan bersila tanpa meja makan indah belaka. Jika masakan isteri sedap sehingga menjilat jari.

4. Suami ada kereta bagi isteri pakai, suami naik motor pergi kerja. Tak perlu beli kereta baru.

5. Beli rumah flat atau apartmen kos medium bahagia juga. Isteri tak penat bersihkan rumah besar yang mengalahkan istana.

6. Satu rumah untuk duduk guna gaji suami. Satu rumah untuk pelaburan guna gaji isteri. Tak perlu beli rumah ada kolam renang sampai perlu gabung pendapatan.

7. Tak perlu beli televisyen lebar sedepa, tak perlu beli speaker sama tinggi dengan tinggi bini. Berbual dengan isteri tercinta lebih bahagia.


***

Mulakan hidup berumah tangga secara sederhana supaya keluarga kita lebih bahagia pada masa hadapan

Ramai pasangan bercerai disebabkan faktor kewangan. Jadi kau kena ambil berat tentang pengurusan kewangan. Siang malam gaduh pasal duit tak cukup susah juga. Banyakkan membaca tentang pengurusan kewangan yang berkesan ye

Bukan tak boleh beli itu ini selepas berkahwin. Tapi tahan dulu untuk sementara waktu. Jangan beli secara hutang. Ini tidak, satu barang rumah beli secara hutang.

Mulakan buat tabung simpanan suami isteri. Jangan simpan hati yang terpilu ye, tapi simpan wang untuk beli rumah, buat pelan pendidikan anak-anak, melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan sebagainya.

Yang nak kahwin tahun ni. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah gua doakan. Jangan buat pembiayaan peribadi semata-mata nak kahwin ye. Nanti anak kau dah masuk tadika, hutang belum habis bayar lagi. Kah!

SHARE l TAG suami / isteri kau jika bermanfaat 😊

Diharapkan perkongsian ini membantu pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga ye.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen