“Dalam Rumah Tangga, Sepatutnya Suami Atau Isteri Jangan Terlalu Berkira Dengan Pasangan…” Jom Baca!

Untuk membina rumah tangga yang harmoni, melayari bahtera perkahwinan dengan aman dan tenang, suami dan isteri sepatutnya perlu saling berkorban dalam apa jua keadaan dan situasi. Setelah berkahwin kehidupan lelaki dan wanita memerlukan pergantungan antara satu sama lain, bukannya keseorangan sama ketika pada zaman bujang.

Suami isteri sepatutnya jangan terlalu berkira antara satu sama lain, kerana ini akan menjurus salah seorang untuk terus hidup berdikari seolah-olah….

“Lebih baik tak payah kahwin macam ni…semua benda aku je yang kena buat…”

Apabila terdetiknya dan tercetusnya perasaan sebegini, ini yang akan membuatkan pasangan mula mengungkit tidak puas hati lalu berlakulah pergaduhan yang tidak dijangkakan.

Suami janganlah terlalu kedekut dengan isteri, isteri pula jangan pula terlalu mengikut emosi.

********

Jom ikuti perkongsian dari Najmi Nawawi berkenaan dengan situasi jangan berkira dengan pasangan ini…

Perasan tak? Ramai suami yang sanggup habiskan duit beli Iron Steam Phillips, Kuali Le Creuset, Tupperware yang pelbagai function, Noxxa, Dyson vacuum dan sebagainya.

Bukan mereka membazir atau manjakan pasangan. Tapi aku percaya, ini berlaku kerana mereka dah selalu tolong pasangan dengan kerja-kerja di rumah.

Jangan malu untuk mengemas rumah, basuh pinggan, atau memasak. Kerana ia sedikit pun tak akan merendahkan darjat. Lebih-lebih lagi masa isteri tengah pregnant atau selepas bersalin.

Kudrat kaum adam lebih kuat dari kaum hawa. Tunjukkanlah kegagahan itu di rumah dalam mengemas, membasuh dan sebagainya.

Ianya akan mula menjadi masalah apabila pasangan suami isteri suka untuk menuntut hak masing-masing. Kononnya ini kerja isteri sahaja, bukan kerja suami dan juga sebaliknya.

Jika berlaku, “ini hak aku dan ini hak kau”. Ianya sangat bahaya.

Penat memang penat, tapi itulah kehidupan rumahtangga. Ada masa kita tolong pasangan, ada masa yang lain, dia pula yang akan tolong kita.

Ringankan beban antara satu sama lain. Bukan orang lain, keluarga kita juga.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen