Buat Gadis Yang Terlibat Dalam Perkenalan, Ini Perkara Perlu Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tempoh perkenalan ini sememangnya agak mendebarkan sedikit buat anda. Pada ketika ini, baik anda atau dirinya sudah pasti lah tercari-cari kelebihan serta keburukan pasangan masing-masing. Bukan hanya itu sahaja, anda dan dia juga sudah pasti lah agak kekok dalam setiap hal.



Dalam tempoh ini, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan dan nilai. Ia adalah salah satu tindakan berhati-hati agar tidak melukakan diri anda nanti. Mana tidaknya, anda tidak tahu apa yang si dia fikirkan dan rasakan mengenai anda. Jadi mari lihat apa yang perlu anda lakukan.

Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda lakukan dalam tempoh perkenalan.

1. Jauhi lelaki yang suka mengatur anda.

Perkara yang paling utama adalah jauhi lelaki yang suka menyekat serta menghalang apa yang anda mahukan. Jangan kerana anda terdesak inginkan pasangan, membuatkan anda lebih memilih untuk bertahan dengan sikapnya. Ini adalah perbuatan yang salah. Mana tidaknya, pada ketika ini, anda masih boleh membuat pilihan, tetapi jika anda sudah jalinkan hubungan pasti sukar untuk anda lepaskan diri.

2. Tidak salah jadi kawannya tapi bukan friendzone.

Dalam tempoh ini juga, anda mungkin akan menjadi rakan baiknya. Bahkan perhubungan kalian semakin akrab dari hari ke hari. Namun anda perlu hati-hati. Ketahui dahulu perasaan dirinya sebelum anda terbuka untuk berkawan dengannya. Nanti anda sangkakan dia ingin berkenalan dengan anda dengan menjadi rakan anda, tapi akhirnya anda terkena friendzone. Pasti lah lagi rasa malu dan sakit. Jadi cuba cari tahu niat dirinya.



3. Jangan terlalu terbuka.

Lelaki ini biasanya akan lebih cepat bosan apabila seorang wanita itu lebih terbuka dengan diri mereka. Sekali sekala mereka juga ingin tertanya-tanya mengenai diri anda sehinggakan membuatnya untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Jika anda terlalu terbuka, ia akan membuatkan dia cepat menjauh kerana semua perkara mengenai anda dia sudah tahu. Pasti tidak seonok lagi.

4. Lepaskan jika 3 bulan masih tiada perubahan.

Tempoh perkenalan ini tidak boleh terlalu lama. Jika terlalu lama, ia bukan lagi berkenalan tetapi anda telah difriendzonekan. Jadi, jika selama 3 bulan tempoh perkenalan masih tiada perubahan status perhubungan anda, maka anda perlu menjauhkan diri dari dirinya. Dia hanya menganggap anda sebagai kenalan sahaja bukan cuba untuk mengenali anda lagi.

5. Jinak-jinak merpati.

Pada ketika ini, adalah lebih baik jika anda menjadi jinak-jinak merpati. Bagi dirinya peluang untuk mendekati anda tetapi pada masa yang sama anda sedikit jual mahal. Baru lah dia merasakan anda ini lain dari yang lain. Jika anda terlalu jinak takut nanti dipermainkan sahaja. Jadi hati-hati.

Kesimpulannya, pada ketika ini anda perlu berfikir secara waras bukannya berfikir menggunakan perasaan. Semua perkara yang anda lakukan pada tempoh ini perlu berhati-hati. Jangan terlebih dan jangan terkurang pula ye.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen