Kenapa Mat Salleh Kahwin Hanya 100 Jemputan, Tetapi Orang Melayu Mesti Sampai 1,000 Jemputan?

Oleh: Rafi

Orang Melayu ini, kadang-kadang bangsa yang pelik. Sanggup bergolok bergadai berhutang menjemput 1,000 tetamu ke majlis perkahwinan. Padahal cuma mampu untuk menjemput tetamu tak sampai 300 orang. Kalau mampu jemput 300 orang, jemputlah 300. Sunnah buat jamuan (ada ulama' mengatakan wajib) tetapi mengikut kemampuan. Wajib menghebahkan perkahwinan tersebut. Namun di zaman media sosial ini, hebahan melalui Facebook, Twitter atau Instagram sudah lebih dari cukup.



Objektif utama majlis perkahwinan ialah ijab qabul. Bukannya beri orang makan. Setakat nak pahala beri orang makan, belanja saya food delivery untuk seminggu pun boleh dapat pahala. Kegunaan media sosial bukan sekadar bergosip, muat naik gambar makanan, selfie atau kongsi video kucing. Buat majlis kahwin bagai nak rak, kononnya tak mahu makcik pakcik paklang maksu mekyah meknab kecil hati. Kemudian selepas kahwin, pengantin jilat dinding.

Tetapi, pelikkan, kenapa mat saleh kahwin boleh jemput 100 orang, tapi orang Melayu kahwin mesti jemput 1000 orang. 



Senang saja jawapan kepada persoalan ini. Sebab institusi kekeluargaan orang Melayu lebih utuh daripada barat yang dah hampir runtuh. Kita orang Melayu, secara kebiasannya mempunyai keluarga yang sangat besar. Kita boleh kenal nenek sedara, dua pupu, tiga pupu, empat pupu dan kau boleh kira sendiri. Bahkan, kita masih berhubung dengan saudara-saudara jauh ni. Kalau hari raya, kau orang tentu ingat masa balik kampung dan nak beraya rumah saudara-saudara kita? Ada masanya mak ayah kita bawa mengembara kita singgah rumah saudara jauh yang kita sendiri tak pernah jumpa. Entah sampai ke beberapa pupu... lepas berbual, barulah tahu yang rumah si polan tu rupanya tiga pupu mak kau dulu.



Lagi dasyat ialah satu kampung yang semuanya bersaudara. Yelah, masa ratusan tahun nak bukak kampung tu dulu, yang mengasasnya dari tiga dan empat keluarga yang dalam proses exodus mereka tersendiri. Lepas dah buka kampung kat tempat asing, mereka pun saling kahwinkan anak dara dan teruna masing-masing untuk kukuhkan lagi hubungan antara beberapa keluarga ni. Masa pun bergulir, kampung pun makin besar selepas beberapa generasi, maka secara tak langsung kebanyakan penduduk kampung tu bersaudara. Macam kes atuk aku, nenek aku bagitahu kat Banting, ada satu kampung tu kebanyakan penghuninya saudara jauh aku. Budaya begini tak wujud dalam kebanyakan intitusi kekeluargaan kat barat. Salah satu faktornya ialah pergaulan bebas yang dah tak kenal ikatan yang sah lagi, yang menyumbang kepada runtuhnya institusi kekeluargaan di sana.

Itulah indahnya silaturahim orang Melayu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen