Sebelum Berkahwin, Hadam 12 perkara Ini Terlebih Dahulu.

Oleh: Rafi

Perihal untuk merancang perkahwinan tentunya bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Pelbagai persediaan perlu dibuat bagi memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun begitu, persediaan yang paling utama adalah kos dan bajet perbelanjaan yang perlu dibuat bagi melangsungkan sesebuah perkahwinan itu. Bagi mereka yang masih rungsing memikirkan hal untuk menabung dan mengumpul duit untuk berkahwin, jom baca ini!



1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya lagi. Dengan harapan, bila muncul sahaja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus melangsungkan perkahwinan selepas sesi perkenalan.

2. Terlalu ramai yang menyesal kerana tidak membuat tabung perkahwinan dari awal. Ambil iktibar dari perkara tersebut dan jangan mengulangi kesilapan mereka yang tidak suka menabung. Jangan tidak percaya, walaupun sudah bercinta sehingga 10 tahun, tetapi tabung kahwin RM5,000 pun tidak pernah wujud.

3. Lelaki atau perempuan, Kedua-duanya harus mula menabung dari awal lagi. Sekiranya majlis yang anda rancangkan memerlukan peruntukan RM20,000, setiap seorang perlu sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ini bersama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.



4. Barulah adil dan saksama. Kedua-duanya bijak merancang kewangan. Yang lelaki, kumpul duit kahwin bagi membuktikan yang anda mampu dan kuat berusaha. Selepas kahwin nak jadi ketua keluarga bukan?

5. Buat perempuan, untuk buktikan yang anda sudi untuk susah dan senang bersama. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, bagaimana pula selepas berkahwin kelak?

6. Jika kita terpaksa mengambil pembiayaan pinjaman peribadi untuk membeli sesuatu, sebenarnya anda belum mampu memilikinya lagi. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah dengan menggunakan simpanan sendiri yang sedia ada.

7. Sebelum berkahwin, anda suda mengatakan komitmen anda tinggi dan tidak mampu membuat simpanan. Jangan ingat selepas berkahwin, hidup akan menjadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah mula morning sickness. Faham-fahamlah.



8. Jika sebelum berkahwin pun anda tidak mampu nak menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak pula untuk membayarnya nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi itu.

9. Jenis yang selepas berkahwin baru tersedar untuk membeli rumah, pastinya anda mengalami masalah untuk mengumpul deposit. Hutang kahwin belum habis lagi, bayangkan rumah langsung tidak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.

10. Orang nak kahwin, murah rezekinya, InshaAllah. Tetapi anda harus merancang perbelanjaan dengan baik. Sama ada yang anda rancangkan itu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang sahaja, namun Allah jua yang sebaik-baiknya merancang.

11. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain-lain.

12 Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, jurugambar tidak perlu sampai tiga orang. Kalau tak mampu buat dua majlis berasingan, buat satu majlis sahaja pun boleh. Secara tidak langsung jimat perbelanjaan sebanyak 50%. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen