5 Kelebihan Memiliki Teman Wanita Yang Beremosi.

Tak semua benda buruk tu negatif belaka. Seperti berpacaran umumnya, kita akan ditemukan dengan pelbagai jenis calon sebelum menemui individu yang selayaknya untuk dipanggil jodoh.

Tetapi tahukah kamu, dalam pada keadaan ramai orang menolak untuk bercinta dengan pasangan yang kuat emosi kerana merasakan ianya akan mengundang masalah di hari mendatang, tahukah kamu sebenarnya ada sisi positif lain yang bakal menyinari hidup apabila bercinta dan menyanyangi pasangan yang cepat melenting, kuat sensitif dan suka cemburu tak bertempat?

Kalau kamu memiliki pasangan yang kuat emosi, kamu sebenarnya sangat beruntung kerana:-

1. Sangat Jujur.

Sekurang-kurangnya orang yang kuat marah dan gemar meluahkan emosinya ini adalah terdiri dalam kalangan orang yang jujur. Mereka lebih gemar menyatakan amarah dan ketidakpuasan hati mereka berbanding memendam rasa. Jadi kalau kamu bercinta dnegan orang yang kuat emosi, kamu sebenarnya sangat beruntung tahu tak?

2. Penuh Semangat.

Menurut kajian, individu yang suka menunjuk perasaan ini memiliki sifat semangat yang tiada bandingannya. Mereka adalah orang yang agresif dalam mengejar kemahuan diri sekaligus akan mendorong kamu untuk jadi individu yang bersemangat juga tanpa sedar!

3. Suka Beri Perhatian.

Mereka yang kuat emosi sebenarnya cenderung menjadi insan yang paling penyayang dengan orang-orang yang dikasihinya.

Sisi lainnya, mereka akan mendahulukan kebahagiaan orang lain kerana mereka sudah tahu bagaimana rasanya perasaan apabila kehendak tidak dapat dicapai atau disegerakan.

4. Tak Mudah Menghakimi Orang.

Sebagai seorang manusia normal, adakalanya kita juga terkadang-kala tidak dapat mengawal emosi. Justeru, apabila berpasangan dengan orang yang kuat emosi, mereka sebenarnya akan lebih memahamii dan tidak akan menghakimi diri kita andaikan waktu itu kita meluahkan emosi kita.

Kerana… mereka faham akan situasi “beremosi” tersebut.

5. Orang Kuat Emosi Lebih Menyerlah.

Secara dasarnya, individu yang kuat emosi adalah insan yang berkeperibadian pelbagai. Mereka tidak hanya mempunyai satu sifat tetapi karakter mereka terlalu banyak membuatkan mereka ini adalah insan yang sangat versatile dna boleh berubah-ubah mengikut situasi.

Bukankah bercinta dengan orang sebegini lebih menarik kerana kita tidak akan pernah rasa bosan? Hehe

Kebiasaanya, memang perempuan yang kuat emosi. Jadi kalau kamu mahu jadi lelaki yang beruntung, jangan terlalu kisah untuk menerima teman wanita atau bakal isteri yang kuat emosi. Okay?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen