Mohonlah Pada Allah SWT Untuk Mendapatkan Pengganti Yang Lebih Baik.

Jangan terlalu tertekan sekiranya empunya diri masih belum mendapatkan pengganti (jodoh). Jangan terlalu tertekan jika diri sendiri tidak berusaha dengan lebih lagi. Tidak perlu untuk berasa begitu tertekan sekiranya hati YAKIN PADA TAKDIR ALLAH SWT.

Tanamkan pada diri sendiri bahawa setiap insan yang datang dalam hidup kita ada 3 sebab;

Datang untuk menyinggah sahaja….

Datang untuk memberikan pelajaran dan pengajaran….

Datang untuk menetap (berkahwin)….

Mengapa perlu tertekan hanya kerana ditolak oleh si dia yang pernah kita minati?

Hadapilah perkara ini dengan wajar dan mohonlah pertolongan daripada Allah SWT. Adakalanya tekanan wujud bukan kerana masalah, tetapi kerana kita belum bersedia menerima kenyataan.

Seorang muslim yang beriman, tidak perlu berasa tertekan. Apatah lagi menjadi seakan gila disebabkan masalah seperti ini. Seolah-olah dunia menjadi sempit. Padahal, dunia ini masih luas terbentang. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.

Bukan mahu memperkecilkan masalah. Tetapi sering kali yang membuatkan masalah menjadi berat bukan kerana masalah itu sendiri, tetapi kerana kesilapan kita dalam menguruskan masalah itu. Oleh itu, cukup-cukuplah kita semua dimainkan oleh perasaan sendiri.

Walaupun sudah dirawat dengan pelbagai nasihat, apabila tiada kemahuan bagi menghilangkan tekanan itu, ia tidak hilang. Walaupun sudah membaca buku-buku berkenaan cara menguruskan stress, apabila tiada kemahuan bagi mengatasinya, tekanan pasti bertambah. Oleh itu, semuanya terserah kepada diri masing-masing.

Tanamkan dan sematkan dalam hati bahawa Allah tidak memberikan beban kepada seseorang, melebihi batas kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada kejahatan yang diusahakannya.“ (Al Baqarah: 286)

Lantas, mengapa ada yang menjadi seakan gila kerana cinta ditolak? Adakah itu bererti Allah SWT memberikan beban di luar kesanggupan hamba-Nya? Adakah Allah lalai pada janji-Nya?

Beban bagi manusia ada ukuran masing-masing.

Semua masalah dan liku-liku kehidupan ini sesuai dengan kadarnya. Allah tidak pernah lalai kepada hamba-Nya. Hanya manusia yang kurang sabar menunggu tibanya pertolongan Allah SWT.

Di sini, unsur keimanan memainkan peranan penting. Bagi yang masih memiliki iman, jangan berasa tertekan. Yakin pertolongan Allah pasti datang.

Serumit dan seberat mana pun masalah yang kita hadapi, apabila sudah mencapai pada hadnya, pertolongan pasti tiba. Mungkin cepat, mungkin lambat. Mungkin pada waktu itu juga, atau pun mungkin ditunda.

Sama seperti doa yang kita panjatkan, semua pasti didengari Allah. Jangankan suara kita, suara semut hitam pada tengah malam dan di atas batu hitam pun didengar oleh Allah.

Dia Maha Adil. Ada doa yang dimakbulkan pada waktu yang diminta, ada yang ditunda demi kebaikan. Ada juga doa yang tidak diterima disebabkan kekurangan syarat.

Tiada yang salah dengan perancangan-Nya.

Mulakan dengan berperasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan. Berusahalah memperbaiki diri setiap hari, teruskan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri dan jangan berhenti sehingga keperibadian kita menjadi lebih berkualiti.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen