“Jangan Mulakan Berbahagi Perbelanjaan, Biarkan Suami Bayar Dahulu Semuanya.” Ikuti Perkongsian ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerap kali kita dengar bahawa suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ini akan mengambil jalan pintas untuk mengurusan kewangan keluarga. Perkara yang kerap kali digunakan adalah berkongsi atau berbahagi wang perbelanjaan bulanan. Mana tidaknya, niat seorang isteri ini biasanya ingin meringankan beban suaminya, tapi kadang kala ia membuatkan suaminya lupakan akan tanggungjawabnya.

“Awak bayar kereta, rumah dan utility.”

“Saya bayar untuk barang dapur, duit pengasuh dan duit minyak.”

Berbahagi belanja ini kadang kala disangka akan memudahkan kedua-dua belah pihak, tapi siapa sangka jika sebaliknya akan berlaku. Mari ikuti perkongsian dari saudara ini.



"Elok ke kita ajar bahagi perbelanjaan selepas berkahwin? Declare siap-siap bahagian-bahagian yang nak kene bayar macam duit rumah, duit kereta, duit belanja dapur, duit minyak, duit pengasuh, duit bil utiliti dan sebagainya?"

Suami yang tahu apa itu tanggungjawab, tak declare pun, dia tahu apa yang dia nak kena bayar.

Nasihat saya, sebaiknya tak payah bahagi perbelanjaan. Semua perbelanjaan tu, suh suami usahakan untuk bayar dahulu, dengan kemampuan kewangan dia dan bila wallet dia dah nazak sangat, baru awak hulur bantuan, masa tu baru awak yang bayarkan.

Sebab bila awak belajar untuk bahagi, dia akan anggap itu bahagian awak dan smpai bila-bila awak kena bayar. Sampai bila-bila? Ya, sebab dia anggap itu tanggungjawab awak. Dah set awal-awal kan.

Seram dik bila jadi macam ni. Gaji dia naik, dia boleh tukar motor, dia boleh tukar hp, dia boleh beli apa saja untuk diri dia sebab duit dia ada lebih dan duit awak plak cukup-cukup makan, ngam-ngam je setiap bulan. Masa tu awak nak suh dia bayar apa yang kebiasaannya awak bayar? Susah.

Silap hari bulan, dia tambah komitmen lagi sebab duit dia banyak lebih.



Cuma kalau sebelum kawin awak ada hutang kereta, maka awak teruskan la bayar kereta awak. Awak ada hutang ptptn, teruskan bayar hutang-hutang tu. TAPI benda yang sepatutnya suami tanggung, yang sepatutnya suami bayar, biar dia usahakan buat dulu. Gaji dia dah negatif, baru awak positif kan.

Same goes to bila awak ada hutang, tapi suami suruh awak berhenti keje dan jadi surirumah. Bila dia buat keputusan macam tu, maka dia perlu tanggung hutang-hutang isterinya. Fikir baik-baik dahulu, buat kira-kira dahulu, then kalau lepas, baru proceed dengan niat untuk menjadikan isteri tu sebagai surirumah sepenuh masa.

Kalau kewangan terhad, tak cukup untuk nak cover hutang isteri, maka biar isteri keje sampai salah satu daripada hutangnya setel. Saya dengan wife dulu, combine gaji kami laki bini, tolak semua hutang-hutang, semua perbelanjaan, then bakinya tu kami bahagi dua. Contoh baki bersih 1k, then 500 kat dia, 500 kat saya, atas keselesaan masing-masing.

Wallahualam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen