“Jika Anak Perempuan Taat Kepada Ibu Bapa, Pasti Akan Taat Pada Suami Jua..” Kongsi Lelaki Ini.

Masyarakat melayu sering menyatakan, menjaga anak perempuan lebih sukar daripada menjaga anak lelaki. Oleh disebabkan itu, anak perempuan sering di kongkong untuk sentiasa berada di rumah dan tidak boleh keluar sehingga lewat malam. Namun, anak lelaki boleh sahaja melakukan apa jua perkara.

Kenyataan sebegini terdapat banyak konflik kerana anak lelaki tidak dititiberatkan peranannya untuk menjadi seorang anak lelaki dan bakal suami untuk isteri kelak. Namun sedemikian, situasi begini untuk mengekalkan adat ketimuran dan menjaga tatasusila anak perempuan supaya dapat menjaga diri setelah dewasa nanti untuk menghadap duniawi yang fana.

Oleh yang sedemikian, jom ikuti perkongsian dari saudara ini tentang untuk menjaga anak perempuan dengan semoleknya…

********

Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan.

Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia 'panas' dengan ibunya. Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena. Tapi, walau sayang macam mana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.

Maka, dengan anak perempuan,

KITA PERLU BANYAK MERAIKAN.

Bagaimana?

Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian.

Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.

Perempuan makhluk perasaan.

Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan.

Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik.

Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada Suaminya pula.

Paling penting, anak perempuan kena di biasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.

Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan.

Susah?

Sebab tu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina Syurga untuk ibu dan ayahnya. Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan disana.

Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insyaAllah,

DIA AKAN DAPAT ANAK PEREMPUAN TERBAIK DALAM HIDUPNYA.

InsyaAllah.

Tat Abu.

Kesayangan anak-anak perempuan.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen