5 Sikap Yang Anda Perlu Kawal Sebelum Berkahwin, Agar Tidak Datangkan Masalah Dikemudian Hari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berkahwin ini, bukan hanya kematangan dan sedia bertanggungjawab sahaja yang perlu dititik beratkan oleh anda dan pasangan anda. Namun, sikap yang ada dalam diri anda juga perlu diperbaiki. Hal ini kerana, sikap individu itu boleh menjadi salah satu punca kepada keretakan rumah rumahtangga.

Jangan terlalu melihat pasangan anda, adakah dia sudah begitu atau begini. Tapi lihatlah diri anda. Adakah anda sudah benar-benar bersedia mengawal sikap-sikap seperti dibawah ini?



Berikut adalah 5 sikap yang perlu anda kawal dengan sebaiknya.

1. Sikap ego anda.

Nak kahwin? Dah bersedia ke nak rendahkan ego demi pasangan? Ego anda lebih penting? Macam mana nak bertolak ansur dalam hubungan jika anda lebih mementingkan ego anda. Mana tidaknya, jika anda lebih mementingkan diri, hubungan anda ini hanya akan dipenuhi dengan salah faham dan perbalahan sahaja. Itu ke tujuan anda berkahwin? Jika tidak mahu berlaku sebegini, perbaikilah sifat ego anda.

2. Boros.

Semasa anda bujang, kesemua wang anda itu bolehlah anda gunakan sesuka hati anda. Tapi apabila sudah berkahwin, banyak tanggungjawab yang perlu anda lakukan. Jika isteri, anda mungkin akan dapat nafkah dari suami anda, tapi jika suami, macam mana pula? Tapi kedua-duanya masih perlu kawal sikap boros ini, kalau tidak hujung bulan nanti nak makan apa pula.

3. Mudah marah.

Bila kena tegur melenting, bila lambat melenting, bila silap sikit melenting. Mana boleh macam ini. Nanti anda akan membuat pasangan anda berasa rimas dengan diri anda. Anda sepatutnya cuba kawal sikap mudah marah anda itu. Banyakkan sedikit sabar dalam diri anda. Mana tidaknya dalam rumahtangga ini banyak cabaran, jika anda tidak sabar macam mana anda nak kawal rumahtangga anda.



4. Suka membuang masa.

Apabila berkahwin ini, anda tidak bolehlah menjadi seorang yang suka bermain telefon bimbit mahupun video game. Nak main apabila masa terluang itu tidak salah. Tapi yang salahnya apabila anda anda amalkan sikap ini ialah anda akan mula mengabaikan pasangan anda, malah anda akan membiarkan dirinya mengurus rumag bersedirian. Sedangkan anda sibuk dengan perkara yang membuang masa.

5. Tidak teratur.

Sebagai seorang yang bakal berkahwin nanti, apa kata anda cuba teraturkan barang-barang didalam bilik mahupun rumah anda. Jika anda seorang wanita, anda perlu amalkan sikap teratur ini kerana anda akan menguruskan rumah dan suami anda. Tak akan nak biarkan rumah mesepah pula. Tapi jika anda lelaki, sikap teratur ini akan membantu isteri anda dalam menguruskan rumah.

Bukan hanya sikap ini sahaja yang perlu anda kawal apabila sudah mempunyai niat untuk berkahwin. Banyak lagi sikap lain, tapi ini adalah 5 sikap yang paling utama yang perlu anda kawal demi kebahagiaan masa depan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen