Memiliki Pasangan Yang Jauh Lebih Muda Sukar Untuk Berkekalan. Betul ke?

Setiap individu pasti mempunyai citarasa yang tersendiri pada insan yang mereka suka, minat atau cintai. Ada yang suka orang yang lebih jauh umurnya, ada juga yang lebih minat dengan yang lebih muda. Malah, usia seseorang bukanlah pengukur sebuah kebahagiaan. Akan tetapi persepsi masyarakat melayu sering menyalah anggapkan di antara kita dengan pendapat masing-masing.

Malah ada juga yang menokok tambah sahaja. Berkenaan dengan usia pasangan yang lebih muda ini, pernah menjadi trend dimana wanita berkahwin dengan lelaki yang berusia lebih muda. Dan semakin lama ia dapat diterima oleh masyarakat dan tidak menjadi taboo.

Namun sedemikian, jika benar usia bukanlah pengukur kematangan seseorang, malah kebahagiaan satu pasangan, adakah dengan memiliki pasangan lebih muda ini sukar untuk berkekalan?

Usia bagaimanakah yang boleh dianggap sebagai cabaran pada pasangan?

Adakah apabila pasangan itu memiliki usia yang terlalu jauh, sehinggakan boleh digelar sebagai adik dengan kakak? Atau seperti ibu dan anak?

Secara lumrahnya masyarakat akan mengatakan lelaki lambat sedikit matang dari wanita. Pandangan menurut saintifik juga begitu. Jadi, jika wanita berusia 30-an bercinta dengan jejaka berusia 20-an, pastikah mereka tidak akan berkekalan? Sedangkan pada zaman Nabi SAW, Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dimana perbezaan jarak umur mereka sangat jauh kerana Siti Khadijah lebih berusia daripada Baginda.

Jika diikutkan secara logik, lelaki malahan wanita juga pada usia belasan dan diawal 20-an tidak digalakkan untuk berfikir tentang percintaan antara uda dan dara. Pasti ramai sahaja ibu bapa yang membantah kerana umur tersebut terlalu awal untuk bercinta apatah lagi untuk berkahwin. Selain daripada itu, gadis yang berusia belasan tahun juga tidak digalakan untuk mengandung kerana persediaan mental dan fizikal yang tidak cukup kuat.

Kembali pada tajuk;

Memiliki pasangan yang jauh lebih muda usianya berkemungkinan sukar untuk berkekalan kerana persediaan fizikal dan mental yang tidak kuat. Ramai sahaja yang memberi pandangan, tempoh pertunangan sangat mencabar, bahkan perkahwinan juga sentiasa bergelora.

Adakah pasangan yang jauh lebih muda ini memahami cabaran tersebut? Dan adakah nafsu dan keimanan mereka kuat untuk menepis segala dugaan.

Seperti yang kita tahu, individu yang muda ini terutamanya pada belasan dan 20-an sentiasa bersikap…

1. Acuh tak acuh tentang semua perkara. Jika melakukan sesuatu perkara mahu cepat sahaja, tanpa memikirkan kesannya pada jangka masa yang panjang.

2. Tidak matang dalam mengendalikan emosi, terutamanya kaum wanita. Apabila terlalu mengikuti emosi, khuatir mereka akan menyebut tentang perpisahan atau perceraian dengan kerap.

3. Tidak bersedia menghadapi komitmen kerana mahu keseronokan semata-mata. Jika ibu bapa adalah orang yang senang dari segi kewangan, pasti mudah sahaja mendapat bantuan perbelanjaan harian, malah rumah pun ibu bapa yang belikan. Perkara ini pasti akan diungkit pada masa akan datang dimana ia adalah cerita yang terlalu peribadi.

Kesimpulannya, semua terpulang pada setiap individu. Kebanyakan daripada mereka tidak berkekalan sekiranya bercinta pada usia yang terlalu muda seperti belasan tahun atau awal 20-an. Masing-masing ada akal untuk berfikir secara dewasa.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen