Mari Kenali Isi Hati Melalui Kata-Kata Yang Diungkapkan Kepada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki ini jika melibatkan perasaan sudah pastilah akan lebih tertutup berbanding wanita. Hal ini kerana, mereka ini kurang mempunyai keyakinan diri. Bahkan mereka ini juga bimbang sekiranya, dirinya ditolak oleh anda. Sebab itulah apabila mereka ini mula memikat anda, mereka akan gunakan cara yang sedikit halus, berbanding berterus terang akan kelakuannya itu.

Dan setiap kali apa yang mereka ucapkan itu sudah pasti ada maksud tersirat yang perlu anda ketahui. Jika anda tidak cuba untuk memahami maksud tersirat darinya, itu bermakna anda masih lagi belum memahaminya dengan baik. Tidak kiralah dirinya baru mendekati anda ataupun dia sudah menajdi pasangan anda, kedua-dua ini biasanya agak tertutup dengan perasaan mereka sendiri.



1. Apabila dalam tempoh perkenalan.

Biasanya apabila diri mula-mula memperkenalkan diri sudah pasti anda perasaan malu bukan? Adakah ayat seperti ini anda akan terima ketika mula-mula perkenalan?

“Boleh saya kenal awak dengan lebih dekat lagi?”

Maksudnya: Kalau tak boleh itu tandanya dah ada buah hati lah ini.

“Awak nak tahu tak pengakuan dari saya?”

Maksudanya: Saya nak kenal awak dengan lebih mendalam lagi.

2. Apabila ditanya sudah ada pasangan atau belum.

Ketika tempoh perkenalan, pastilah soalan mengenai status diri akan menjadi pertanyaan.

“Tak ada sesiapa pun yang nak.”

Maksudanya: Saya taka da pasangan tapi saya tak nak mulakan dahulu.

3. Apabila anda dan pasangan bergaduh.

Setiap kali berlaku pergaduhan, anda akan lihat bahawa wanita ini lebih memaksa untuk satu penjelasan manakala lelaki pula lebih kepada ingin bertenang bukan? Dan setiap kali itu anda akan menerima ayat seperti ini.

“Saya nak bersendirian, jangan kacau saya.”

Maksudanya: Jangan ganggu saya masa ini, saya perlukan masa untuk berfikir.



4. Apabila anda bertanyakan masalahnya.

Orang lelaki ini mempunyai ego mereka yang tersendiri. Terutama jika dirinya mempunyai masalah, sudah pastilah dia akan malu untuk meluahkan kepada anda. Jadi ayat-ayat yang bakal anda terima adalah seperti ini.

“Rumit sikitlah perkara ini, takut awak tak faham.”

Maksudanya: Saya tak bersedia lagi nak kongsi, nanti bila dah bersedia baru kongsi.

“Ceritanya agak panjang, takut awak bosan pula nanti.”

Maksudanya: Saya malu nak bincangkan perkara ini kepada anda.

5. Apabila dirinya anggap anda sebagai rakan.

Mungkin dirinya takut untuk berterus terang kepada anda mengenai perasaan dirinya. Dia hanya menganggap anda rakan tapi anda pula sebaliknya. Jadi jika dia berterus terang pastilah ia akan melukakan perasaan anda. Pasti dia akan bagi jawapan yang akan selamatkan dirinya dan berharap anda faham.

“Saya masih tak bersedia lagi untuk jalinkan hubungan yang baru.”

Maksudnya: Saya hanya menganggap anda sebagai seorang rakan sahaja.

6. Apabila anda lakukan sesuatu yang dirinya tidak suka.

Orang lelaki ini, kadang kala ingin menegur pasangannya juga sedikit takut. Mana tidaknya, dirinya pasti takut jika dia akan mengecilkan hatinya. Sebab itu dia akan bagi ayat-ayat penyelamat.

“Jangan berlebihan, tak elok.”

Maksudnya: Tak payah buatlah, saya tak sukakannya.

7. Apabila berlaku salah faham.

Setiap kali berlaku salah faham dalam hubungan anda, apa yang akan dirinya lakukan? Sudah pasti akan cuba berikan penjelasan bukan?

“Itu bukan apa yang saya maksudkan, awak salah faham ini.”

Maksudnya: Cuba dengar dahulu alasan saya ini.

Kadang kala kita ini selalu salah faham dengan apa yang orang lelaki sampaikan. Walaupun, tidak semua perkara ini akan berlaku pada hubungan anda. Tapi sekurang-kurangnya ia akan menjadi bimbingan anda untuk ketahui mengenai hati lelaki.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen