Bagaimana Cinta Itu Boleh Melalaikan Anda? Jom Baca.

Cinta itu indah. Cinta itu buta. Cinta mampu membuat seseorang tersenyum. Cinta itu membahagiakan. Cinta juga dapat membuat seseorang bertambah semangat untuk hadapi hari-harinya. Akan tetapi cinta juga dapat memberi tanggapan negatif pada sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya.

Cinta tidak selamanya indah, kerana pasti ada ribut dan taufan.

Di samping dapat memberi kebahagiaan, cinta juga melalaikan seseorang terutamanya pada mereka yang berpacaran (cinta sebelum bernikah). Kenapa ini terjadi? Jom kita lihat…

1. Cinta itu mampu menyeksa jiwa raga anda sebenarnya.

Cinta yang tidak terbalas mampu menyeksa jiwa raga sehingga kemurungan. Ini kerana anda mahu sangat memiliki si dia. Perbuatan ini sekaligus mengheret orang di sekeliling untuk turut merasa sedih.

Cinta tanpa batasan akan menyeksa jiwa dan raga kerana khuatir tiada keihklasan di dalam hati. Jika si dia ikhlas untuk menerima anda seadanya sudah tentu tiada masalah. Bagaimana pula jika si dia tidak dapat menerima kekurangan anda?

2. Cinta itu boleh membuatkan anda menjadi lemah juga.

Tahukah anda bahawa seseorang boleh menjadi lemah disebabkan cinta? Terdapat banyak kisah mengenai perkara ini yang tidak enak untuk didengar, bahkan tidak terhitung jumlahnya.

Cinta yang tidak kesampaian boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan.

Lihat saja contoh di sekeliling anda. Terdapat banyak isu buruk terjadi atas nama cinta, seperti melakukan tindakan jenayah kerana cemburu, bahkan sanggup melukai diri sendiri. Sudah terbukti bahawa cinta membuatkan seseorang itu menjadi lemah.

3. Cinta itu membuatkan anda hilang fokus.

Seseorang yang tidak boleh membatasi cintanya akan selalu menganggap orang yang dicintainya itu sentiasa benar walaupun kekasih hati melakukan kesalahan secara terang-terangan. Dia akan selalu berfikiran tidak fokus dan menganggap bahawa semua yang dilakukan si pujaan hati itu sentiasa benar.

Perkara ini tidak boleh diteruskan kerana pada akhirnya ia akan merugikan diri anda dan orang disekeliling anda. Oleh itu, batasilah cinta anda agar anda boleh menjadi insan yang lebih dewasa dan bijak.

4. Cinta juga mampu membuatkan anda lupa pada ibadah.

Orang yang jatuh cinta sentiasa membuatkan dirinya gembira dan senang hati sehingga membuatkan seseorang itu lupa untuk makan, malas bekerja, bahkan membuatnya lupa untuk beribadah. Apa yang yang berada di dalam mindanya hanyalah cinta yang membara pada si pujaan hati.

Tentu perkara ini tidak boleh terjadi dan dibiarkan kerana cinta pada dunia adalah hal yang sementara, dan menabung bekalan untuk di akhirat adalah perkara utama yang harus anda lakukan agar segala urusan duniawi menjadi lancar.

Hati-hati dengan cinta!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen