5 Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Diri Dari Menonton Drama Romantik Ketika Putus Cinta.

Setiap insan yang putus cinta pasti ada sahaja cara untuk menyembuhkan luka. Luka yang terlalu dalam sehinggakan orang sekeliling tidak boleh faham hati dan perasaan anda termasuk kehendak anda juga. Anda terlalu menyayangi bekas kekasih sehingga tidak dapat menerima takdir bahawa anda dengan dia sudah berpisah.

Menjadi seorang muslim, kaedah yang paling utama dan dengan izin Allah boleh mujarab adalah dengan mendekati diri anda pada-Nya. Bukanlah ketika anda bersedih sahaja hanya ingat pada ilahi, anda perlu ingat pada Allah SWT setiap masa supaya tidak mudah lalai ketika bercinta.

Mungkin disebabkan itu juga anda dengan si dia berpisah, kerana terlalu menyayangi sehingga lupa pada-Nya. Jadi, Allah tarik balik perasaan cinta itu.

Selain itu, kaedah yang ramai lakukan ketika putus cinta adalah menonton drama, movie atau filem romantik. Sebenarnya anda harus elakkan dari menonton cerita romantik pada saat anda putus cinta kerana…

1. Terlalu berfantasi.

Anda akan menjadi terlalu berfantasi dan berkhayal. Mungkin juga ia akan memberi kesan pada halusinasi. Anda bukan sahaja berfantasi kisah cinta seperti filem romantik tersebut, bahkan mahu pasangan seperti di dalam filem itu juga dimana ia memang tidak wujud dan tidak masuk dek akal kadang-kala.

Jika terlalu percaya dengan imaginasi penulis skrip filem tersebut, anda mungkin akan terlalu kecewa. IA HANYA IMAGINASI SAHAJA!

2. Terlalu mengikut perasaan.

Menonton filem romantik ini, akan membuat anda menjadi seorang yang terlalu emosi dan mengikut perasaan. Anda juga tidak mempedulikan hati dan perasaan orang lain. Ia seolah-olah hanya anda seorang sahaja lah yang putus cinta dalam dunia ini, dan tidak pada orang lain. Malah anda juga tidak mahu mendengar nasihat daripada sahabat anda dimana ia adalah realiti, tetapi terlalu taksub dengan mengikuti filem romantik tersebut.

3. Khuatir tidak melakukan ibadah.

Sebahagian dari kalangan kita pasti ada sahaja yang gemar menonton filem romantik dari Hollywood, bukan? Tidak salah menonton untuk hiburan semata-mata, tetapi jika terlalu berfantasi dan mengikut perasaan sendiri sahaja seperti point di atas, anda terlalu taksub dengan cerita tersebut. Malah anda akan mengikuti sikap yang dilakukan oleh mereka ketika bercinta yang tidak boleh diterima oleh orang Islam.

Seperti pergaulan bebas, seks bebas, sugar daddy dan seumpama dengannya, malah berani pula minum minuman beralkohol.

Bukan kah kita sebagai Muslim dan Muslimat perlu mengabdikan diri pada-Nya.

4. Sedih dan murung sepanjang masa.

Kebanyakan filem romantik mengisahkan pasangan yang bercinta yang kadang-kala tidak direstu oleh ibu bapa, atau beberapa halangan yang lain menyebabkan jalan cerita tersebut menjadi terlalu sedih. Anda yang sudah sedih kerana putus cinta, menonton pula cerita yang lagi sedih, sudah pasti akan membuatkan anda menjadi murung, dan menangis tidak henti.

5. Tiada kesan positif pada badan.

Apabila anda menangis tiada henti, murung dan bersendirian di dalam bilik tidak mahu berjumpa dengan orang lain ketika putus cinta, sudah pasti akan membuatkan badan anda menjadi lemah dan lesu. Ternyata situasi begini tidak sihat untuk tubuh badan anda, malah tiada kesan positif.

Bukan sahaja sahabat baik anda risau dengan keadaan anda, ahli keluarga terutamanya ibu bapa pasti kecewa dengan sikap anaknya. Bahkan jasad yang diberi pinjam oleh Allah SWT ini adalah amanah kita sendiri untuk menjaga dengan baik. Bukan merosakkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen