Jika Lelaki Memiliki 10 Sikap Ini, Berhenti Berangan Menjadi Suami.

Menjadi seorang suami sudah tentu memiliki tanggung jawab yang lebih besar dari seorang isteri, oleh sebab itu lafaz akad nikah dengan lafaz talak terletak pada lelaki sahaja. Ia menggambarkan seorang lelaki sudah bersetuju untuk menjadikan wanita itu sebagai permaisuri di dalam hatinya, dan ‘mengajak’ untuk berkahwin. Berkahwin sebab apa? Untuk melayari bahtera mahligai bersama-sama.

Jadi, apabila sudah ‘mengajak’ wanita tersebut untuk berkahwin, secara tidak langsung pasti mahu melakukan semua perkara bersama-sama, kan? Bukan lagi individual. Jadi, hentikan angan-angan untuk berkahwin sekiranya 10 sikap buruk ini tidak diperbaiki atau dibuang…

1. Tidak beriman.

Hentikan dengan fikiran seperti…

“Nanti dah ada isteri, dia la yang boleh bimbing aku…”

“Aku nak solat sebab aku sendiri rasa nak solat, aku tak suka kena paksa, aku taknak solat sebab tak ikhlas…”

“Aku tak terima hidayah lagi, nanti kalau aku solat atau bertaubat, tapi lepas tu buat jahat tak guna juga…”

2. Seorang yang kedekut.

Apabila sudah menjadi seorang yang bekerja, sudah tentu sebahagian daripada pendapatan sendiri akan diberi sedikit kepada kedua ibu-bapanya atau kadang-kala belanja adik-beradik, namun perkara ini tidak pernah dilakukan. Bagaimana untuk memberi nafkah kepada isteri kelak?

3. Seorang yang penakut.

Takut akan semua perkara, dan tidak berani langsung mengambil risiko. Semuanya hanya nak ikut jalan selamat sahaja. “Cuba awak buat dulu, nanti saya tengok atau ikut…” Jadi, bagaimana untuk menjadi suami yang boleh membuat perancangan keluarga?

4. Tidak mahu menjadi pemimpin.

Menjadi suami adalah menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga. Jika sudah diawal tanggapan tidak mahu menjadi pemimpin atau bertanggung jawab di atas sesuatu perkara, bagaimana mahu menjadi seorang suami kelak?

5. Seorang yang pemalas.

Mahukan isteri yang pandai memasak, mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju, membasuh pinggan, menjaga anak, tukar lampin anak, buat susu anak, beli perkakas dapur dan sebagainya. Tetapi, apa peranan anda sebagai suami pula? Menjadi suami pemalas?

6. Tidak mahu komitmen.

Lelaki yang tidak mahu ada tanggung jawab, sudah tentu seorang yang tidak mahu ada sebarang komitmen. Apabila terikat dengan komitmen pasti dirinya menjadi semakin serabut, dan mula menyalahkan orang lain.

7. Tidak suka cerita pasal perkahwinan.

Dan yang pasti, lelaki ini langsung tidak suka bercerita mengenai perkahwinan, pernikahan, pertunangan malah tentang hubungan cinta.

8. Seorang yang berlagak.

Lelaki ini suka berlagak dengan apa sahaja yang ada pada dirinya. Baru terasa diri dengan kemewahan, sudah sombong dan menyatakan dirinya sudah kaya.

9. Suka bergaduh.

Bukan sahaja dengan ibu bapa dengan adik-beradiknya, malah dengan sahabatnya juga pasti akan berlaku pergaduhan atau persengketaan. Perkara ini terjadi kerana tiada rasa ingin bertoleransi dan ego yang tidak boleh dilentur.

10. Seorang kaki pukul.

Anda perlu tahu kaum wanita tidak suka dengan lelaki yang kaki pukul. Baru berbeza pendapat sudah mengangkat tangan pada wanita tersebut. Sudah pasti sikap sebegini membuatkan wanita menjauhkan diri dari anda.

Perbaikilah sikap anda sendiri, supaya dapat bertemu jodoh dengan wanita yang anda inginkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen