Tanda-Tanda Seorang Wanita Itu Berhenti Berharap Pada Pasangannya.

Setiap insan yang bercinta pasti akan mengalami kekusutan di dalam jiwa. Secara tiba-tiba menjadi ragu-ragu sehingga tawar hati. Tiada lagi sekelumit perasaan sayang dan cinta pada pasangan membuatkan hubungan menjadi semakin menjauh.

Jika dahulu “Biar jauh dimata tetapi dekat dihati…”

Tetapi kali ini semuanya berubah “Semakin jauh dimata, semakin jauh juga dihati…”

Terkapai-kapai keseorangan lemas dilautan tanpa mengharapkan bantuan. Begitulah perasaan wanita apabila sudah berhenti berharap pada pasangannya, sama ada teman lelaki atau suaminya sendiri. Kaum wanita juga menjadi berhenti berharap kerana mereka percaya lelaki tersebut tidal lagi layak dengan dirinya lagi.

Jom lihat tanda-tanda wanita sudah berhenti berharap…

1. Wanita berhenti berharap apabila tiada balasan dari pasangan setiap kali mereka menghantar whatsapp. Malah mereka hanya menatap sahaja telefon bimbit tersebut tanpa perasaan. Tidak lagi menunggu dengan hati yang teruja seperti sebelum ini.

2. Wanita berhenti berharap apabila segala perancangan sudah dilakukan dengan terperinci tetapi si lelaki sering dan gemar pula membatalkan rancangan tersebut last minute.

Mereka keletihan untuk bersangka buruk, dan mereka berhenti berharap.

Mereka berhenti berharap jika lelaki mahukan hubungan dari segi fizikal sahaja bukan melalui emosi dan mental.

3. Wanita akan berhenti berharap jika seorang lelaki hanya mencari mereka ketika bosan. Mereka sedar, mereka patut berhenti menunggu lelaki yang bersikap begini.

4. Wanita berhenti berharap ketika lelaki keliru dan celaru untuk mengaku perasaan mereka yang sebenar. Mahu atau pun tidak, jangan membuat wanita tertunggu-tunggu.

Jika wanita sudah mula sayang dan rindu pada seorang lelaki, anda sebagai lelaki sudah mula dalam bahaya kerana memberi mereka harapan.

5. Wanita akan berhenti berharap ketika kata-kata lelaki hanya mampu sedapkan hati mereka, tetapi tidak meyakinkan.

Wanita ini berhenti berharap kerana lelaki hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak bertindak seperti apa yang mereka katakan.

6. Wanita akan berhenti berharap jika mereka dapat merasakan wujudnya lelaki lain yang lebih baik daripada lelaki yang mereka kenali sekarang ini.

7. Wanita akan berhenti berharap jika dalam hubungan kalian, mereka merasakan bukan mereka sendiri yang bermasalah, tetapi lelaki tersebut yang sering menimbulkan masalah.

8. Wanita akan berhenti berharap jika lelaki itu mengajar mereka untuk menipu orang sekeliling bahawa anda bahagia dengan si dia, padahal tidak.

9. Wanita berhenti berharap ketika seorang lelaki cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik, tetapi akhirnya si lelaki ini tidak yakin apa yang mereka lakukan, dan bagaikan acuh tak acuh.

10. Dan, wanita akan berhenti berharap apabila mereka merasakan, hati mereka berkali-kali di hancurkan.

Hatinya sakit, tetapi hidup perlu diteruskan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen