"Bahagia Tak Perlu Ditayang.." Perkongsian Dari Datin Hajah Fouziah Gous.

Kemesraan Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous dan suaminya Dato' Haji Md Zhafran Md Yusof memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Sejak mendirikan rumah tangga lebih kurang lima tahun lalu, pasangan dikenali ramai telah dikurniakan dua orang cahaya mata comel yang diberi nama Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf bin Md Zhafran.

Melihatkan kebahagiaan pasangan ini, sudah pasti ada yang mencemburui mereka. Kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga itu semuanya bergantung pada setiap pasangan suami isteri. Bagi Fouziah, dia mempunyai cara tersendiri untuk menyemai kebahagiaan dalam rumah tangga. Mungkin apa yang dilakukan ini boleh diikuti oleh pasangan lain.

'Bagi saya yang paling penting adalah komunikasi. Kita kena selalu berkomunikasi dan percaya satu sama lain. Kalau kita percaya, Insya-Allah semuanya akan tenang dan bahagia. Sentiasalah berkomunikasi.

'Saya bagi contoh di sini. Apa yang saya buat, sebelum tidur biasanya saya akan bertanya pada suami apakah yang akan dibuatnya pada keesokan hari. Suami akan memberitahu apa yang akan dibuatnya esok. Jadi saya akan ikut waktu yang diberitahu oleh suami. Kalau urusan yang dibuatnya itu memerlukan masa yang lama, sambil menunggu dia habis kerja, barulah saya akan buat apa yang patut di pejabat. Jadi apabila dia balik ke rumah, saya telah ada di rumah menunggunya,' ujar Fouziah membuka bicara.

Ternyata berkomunikasi itu amat penting dalam perhubungan suami-isteri. Fouziah juga menjelaskan seorang isteri itu perlu juga memberitahu apa yang akan dibuatnya pada keesokan hari pada suami masing-masing.

'Selain itu kita juga sentiasa perlu ada 'give and take'. Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada. Insya-Allah setiap benda walaupun kecil, rasa bahagia dan tenang itu akan datang secara semula jadi,' kongsi Fouziah tentang kebahagiaan rumah tangganya.

Sentiasa Buat Surprise.

Kebahagiaan dalam rumah tangga itu bukannya datang dengan mudah. Setiap pasangan suami isteri ada cara dan kaedah masing-masing. Bagi Fouziah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini ada caranya tersendiri.

'Dalam memikat hati pasangan, sentiasalah buat surprise.Kejutan ini tidak bermakna kita kena buat majlis atau memerlukan belanja yang sangat besar. Tidak sama sekali. Contohnya, kadang-kadang pada waktu pagi, selepas kita sediakan sarapan, kita boleh tulis nota seperti I Love You Sayang atau Good Day. Kadang-kadang saya buat begitu.

'Ataupun kita boleh buat benda-benda kecil seperti hias makanan yang cantik atau bila dia balik ada nota atau apa sahaja yang suami kita suka. Kalau suami suka wangi-wangi, kita wangi-wangikan diri kita. Saya mungkin tidak buat setiap hari. Tetapi sekali-sekala kena ada kejutan sebegitu.

'Saya memang tidak sabar menunggu hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan sebab masa itu saya akan all out. Seboleh-bolehnya kalau hari lahir, saya akan merancang sesuatu untuk suami. Atau memberikan hadiah luar biasa ikut kemampuan masing-masing. Yang pasti, hadiah itu akan memberi impak yang besar kepadanya.

'Kalau boleh, cuba jadikan hari istimewa pasangan itu kenangan manis untuk dirinya. Jangan buat tak tahu saja. Tapi nak ambil hati pasangan bukan kena tunggu hari istimewa saja. Hari-hari biasa pun boleh, layan dia dengan baik dan tanya apa dia hendak. Sebenarnya benda-benda kecil itu mampu mengeratkan hubungan antara suam isteri.

'Kita kena ada juga masa bersama anak-anak. Hari minggu saya akan pastikan kami berempat akan luangkan masa bersama-sama. Itu juga cara saya memikat hati suami sebab suami saya ini tidak suka meminta-minta. Tetapi pada masa yang sama kita kena tahu mungkin mereka tidak minta tetapi kita kena buat sesuatu untuk gembirakan mereka,' luah Fouziah lagi.

'Kalau hendak buat surprise pada isteri bukan masa tertentu sahaja. Kita boleh buat benda itu pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlu tunggu hari istimewa. Dalam menguruskan rumah tangga kita tidak perlu minta isteri sahaja yang buat. Suami juga perlu tolong. Kita perlu buat bersama-sama,' tambah Zhafran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen