Ciri-Ciri Wanita Yang Tidak Suka Dengan Pujian Dari Seorang Lelaki.

Setiap wanita pasti suka dipuji, kan? Tidak kisah dari ahli keluarga dan para sahabatnya, termasuklah dari pasangan tercintanya. Akan tetapi ada juga sebahagian dari kaum wanita yang tidak suka dengan kata-kata pujian. Berkemungkinan wanita ini pernah terluka dengan bekas kekasihnya terdahulu, perhubungan percintaan yang sangat suram tanpa kata-kata pujian, yang mengakibatkan dirinya menjadi terlalu paranoid.

Jom ketahui ciri-ciri wanita yang tidak suka dengan kata-kata pujian, dan mengapa ia terjadi?

1. Wanita ini tidak percaya dengan kata-kata pujian.

Bukan tidak mahu menerima pujian dari orang lain, tetapi hati mereka sukar untuk percaya kata-kata tersebut. Memang agak sukar untuk mempercayai apabila ada sahaja lelaki yang menyatakan dirinya cantik atau seperti perempuan idaman lelaki tersebut. Siapa sahaja mahu percaya, jika lelaki tersebut adalah sweet talker?

Akan tetapi, wanita ini memang berkeras hati dan tidak percaya dengan pujian cantik tersebut. Sorry.

2. Wanita ini tidak boleh menerima kata-kata pujian.

Jika tidak boleh percaya, apatah lagi mahu menerima. Tetapi, mereka ini mudah untuk memuji orang lain termasuk pasangannya sendiri. “Awak handsome lah hari ni..”, “Bagusnya awak buat kerja ni…”. Malah wanita ini memang bijak memuji dan pandai mengambil hati orang lain. Oleh disebabkan itu, ramai sahaja yang senang dengan dirinya kerana sering dipuji.

3. Wanita ini memiliki keyakinan diri yang agak rendah.

Individu yang memiliki keyakinan diri yang agak rendah sebenarnya memerlukan kata-kata semangat, kata-kata motivasi dan positif bukannya pujian. Tetapi apakah perbezaan kata-kata pujian dengan kata bermotivasi? Bagi pandangan wanita ini, kata-kata pujian adalah seperti kata-kata yang ingin membodek untuk mendapatkan sesuatu seperti kecantikan luaran dan dalaman.

Oleh itu jika anda ingin memuji wanita sebegini, elakkan memuji secara face to face.


4. Wanita ini agak sukar untuk menerima dirinya sendiri.

Wanita yang memiliki keyakinan diri yang agak rendah, kebanyakan agak sukar untuk menerima diri seadanya. Ini kerana, mereka sendiri agak celaru dengan diri sendiri. Apabila dipuji oleh orang lain atau pasangannya sendiri, pasti si dia tidak dapat menerima. “Yeke, aku nampak cantik dengan baju ni?”, “Bukan aku nampak gemuk ke kalau pakai macam ni…”

Jadi, memang agak sukar sebenarnya wanita ini untuk mengucapkan terima kasih.

5. Wanita ini sering ditegur untuk menerima pujian dengan baik.

Apabila menjadi seorang yang terlalu paranoid dan suka mengandaikan perkara negatif, wanita ini tidak tahu untuk menerima pujian dengan baik atau dengan mengucapkan terima kasih. Apa yang mereka tahu lakukan adalah hanya menyindir orang itu dengan menjegelkan anak matanya menjadi besar dan menaikkan bahu.

Jika sikap ini sukar untuk dibaiki, pasti orang sekeliling menganggap anda seorang yang amat menjengkelkan. Malah tidak ramai kenalan juga kerana anda ini seorang yang membosankan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen