Miliki Pasangan Yang Membosankan? Lakukan Perkara Ini Dahulu Sebelum Ambil Keputusan Untuk Berpisah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila jalinkan hubungan cinta ini, sudah pastilah anda dan dirinya akan lakukan perlbagai perkara bersama. Tidak cukup dengan itu, anda dan dirinya pasti miliki kenangan yang indah sehinggakan mampu membuat perasaan anda semakin hari semakin bertambah ke atas dirinya. Namun begitu, tidak semua orang rasai apa yang anda rasakan. Ada sahaja yang mengambil jalan mudah untuk mengabaikan pasangan sehingga timbul rasa bosan dalam perhubungan tersebut.

Tapi ada sahaja orang yang sanggup bertahan dengan hubungan yang membosankan itu kerana sayang akan pasangannya tapi dibelakang mereka ini bermain kayu tiga pula. Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk berpisah atau berlaku curang, apa kata anda cuba selamatkan hubungan anda terlebih dahulu. Mari lakukan perkara ini.



1. Jujur kepadanya.

Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah meluahkan apa yang anda rasa terhadap dirinya mengenai hubungan kalian. Luahkan akan rasa bosan anda dengan sikap dirinya. Jangan takut untuk berlaku jujur. Hal ini kerana, anda sedang cuba menyelamatkan hubungan anda bukannya anda ingin mengeruhkan hubungan tersebut. tapi jika dirinya tidak menyambut baik perkara tersebut, mula ambil langkah yang lain.

2. Jarang berjumpa.

Mungkin anda dan dia terlalu kerap berjumpa sehinggakan timbul rasa bosan terhadap dirinya. Maka dengan itu, apa kata anda cuba untuk kurangkan berjumpa dengan diri. Bukan membuat hubungan anda menjadi renggang tapi kurang berjumpa dan masih kekalkan komunikasi kalian.

3. Lakukan apa yang dirinya inginkan.

Walaupun dia meminta anda untuk membuat keputusan tentang di mana anda akan menghabiskan masa pada hujung minggu, itu tidak bermakna tidak ada apa-apa yang dia mahu lakukan. Setiap sekarang dan ketika dia meminta anda membuat keputusan, minta untuk dirinya membuat pilihan berdasarkan apa yang anda putuskan. Tidak pun biar dia yang membuat keputusan sendiri. Supaya dirinya menyedari bahawa anda juga turut mengambil berat akan keinginan dirinya.



4. Cari keseronokan anda sendiri.

Apa kata anda sendiri mula mencari keseronokan anda yang tersendiri. Cuba untuk mengabaikan dirinya agar dia rasa berjauhan dari anda. Pada ketika itu lihat apa yang dirinya lakukan, sama ada cuba selamatkan hubungan atau terus mengabaikan anda. Selepas itu barulah anda boleh membuat keputusan.

5. Rancang aktiviti yang menyeronokan.

Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya menyebabkan dia menjadi seorang yang membosankan. Jadi apa kata anda merancang satu aktiviti yang menyeronokan agar dapat membangkitkan kembali semangat dirinya secara tidak langsung menghangatkan semula hubungan yang kalian telah bina.

Perasaan bosan itu kadang kala adalah salah satu cara untuk setiap pasangan berusaha untuk membangkitkan rasa sayang dalam hubungan. Tapi jika anda terburu-buru membuat keputusan kerana terlalu mengikut perasaan, mungkin anda sendiri akan menyesal kemudian hari.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen