5 Sebab Anda Tidak Perlukan Diet Drastik Untuk Perkahwinan Anda.

Setiap kaum wanita yang bakal menjadi pengantin, pasti tidak sabar untuk menguruskan badan menjelang perkahwinan. Pasti telah banyak jenis diet dilakukan agar tubuh badan menjadi ideal dan mampu menyarungkan atau menggayakan baju persalinan dengan cantik. Apabila terlalu obsess untuk kurus, pasti dikalangan kita akan melakukan DIET SECARA DRASTIK, kerana mahu melihat kesan dengan cepat.

Akan tetapi diet drastik ini tidak elok diamalkan kerana…

1. Berat itu akan datang semula.

Untuk beberapa hari yang pertama, memang agak senang. Namun, setelah beberapa ketika, apabila tubuh anda akan mula merasai kekurangan kalori, protein, karbohidrat dan lemak secara mendadak anda akan mudah terpesong daripada niat diet anda.

Metabolisme tubuh anda akan berkurang secara drastik, jadi apabila anda mula makan seperti biasa kembali, kadar metabolisme badan anda tidak dapat berfungsi pada kadar sebelum 'diet drastik' anda. Lantas, kalori berlebihan yang tidak diproses ini akan bertukar menjadi lemak dan seterusnya mengakibatkan berat anda bertambah.

2. Menu yang tidak menyelerakan.

Jika anda tidak berputus asa setengah jalan, potensi untuk kurang berat banyak agak mengujakan. Tapi, bayangkan anda hanya boleh makan sup kobis sahaja setiap hari? Minum kopi dan biskut kering sahaja? Lagipun, badan anda masih memerlukan nutrien yang cukup untuk badan anda berfungsi di paras optimum. Sebelum mulakan apa-apa diet, dapatkan nasihat pakar nutrisi atau doktor anda.

3. Ada cara lain yang lebih berkesan.

Bersenam dan berdiet sepatutnya dibuat secara beriringan. Tapi diet yang dimaksudkan adalah menjaga pemakanan dengan betul dan sihat. Bukannya makan sayur kobis sahaja hari-hari. Memang lambat sikit turun.

Tapi, yang penting, jika anda bersenam dan menjaga pemakanan secara konsisten, anda pastinya akan mencapai target anda. Ambil masa untuk merancang pemakanan anda selama seminggu. Elakkan makan di luar jika boleh.

4. Tidak sihat.

Diet secara drastik boleh memberikan tekanan kepada jantung anda dan menyebabkannya berdebar-debar lebih daripada biasa, dehidrasi dan gangguan terhadap sistem imunisasi anda.

5. Diet drastik tidak berkesan.

Mulanya memang akan banyak berat turun. Tapi yang anda hilang hanyalah berat yang superfisial - berat air dan otot. Dikaburi pengurangan berat badan ini, anda mungkin akan mahu meneruskan diet drastik ini dan seterusnya mengakibatkan gangguan metabolisme tubuh.

Pada masa ini, diet anda ini akan mula mensabotaj tubuh anda dan mengakibatkan anda lebih susah untuk mengurangkan berat yang seterusnya.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen