10 Tips Kewangan Bagi Mereka Berumur 30-an, Dan Masih Belum Berkahwin.

Jika anda sudah meningkat umur, dan baru sahaja mempunyai perancangan untuk menyimpan duit, jangan anggap ia terlambat! Jangan menjadi ragu-ragu, tapi tetapkan pendirian anda untuk ada simpanan sementara menunggu bakal jodoh yang sesat entah kemana. Fokus pada diri anda dahulu, kemudian pasti bakal jodoh menyusul.

Perkongsian dari saudara Hafizul ini, memberi manfaat pada mereka yang bakal berumur 30 dan mempunyai matlamat untuk kewangan sendiri…

********

Perhatian bagi mereka yang lahir tahun 1988 ke bawah! Matlamat Kewangan Apabila Umur Capai 30an.

1. Beli insuran perubatan. Ingat, malang tidak berbau. Sediakan payung sebelum hujan.

2. Mulakan simpanan dan pelaburan secara agresif misalnya emas fizikal, hartanah dan saham patuh shariah. Tapi ingat, setiap cabang ilmu mesti ada guru khusus yang arif dalam bidang tersebut. Nak tanya tentang emas, boleh tanya saya.

3. Jana pendapatan pasif. Misalnya jadi agen insuran, stokis tudung, Tupperware, Cuckoo, Amway dan sebagainya. Buat sesuatu yang anda minat misalnya upah memasak dan menjahit. Kalau anda guru, buat kelas tambahan.

4. Tambah dana kecemasan dari 3 bulan kepada 6 bulan gaji. Kalau gaji bulanan RM2,000 darab dengan jumlah bulan di atas.

3 bulan: RM6,000

6 bulan: RM12,000

5. Bina dana pendidikan anak-anak menerusi instrumen pelaburan. Saya gemar pilih emas kerana dalam jangka masa panjang nilainya pasti meningkat. Perlu di ingat, 18 tahun dari sekarang kos pendidikan akan meningkat sebanyak 100% berdasarkan kiraan inflasi 5 peratus setahun.

6. Sementara muda, lakukan dua kerja dan simpan semaksima mungkin. Sekarang dah ada Grab, jadikan ia sebagai dana tabung anda.

7. Elakkan diri dari terlibat skim cepat miskin. Tanya pada yang pakar untuk elak hidup dihempap batu. Dahlah buat personal loan, kena tipu pulak tu. Malang! Jangan sekali-kali ‘join’ perkara yang anda tidak faham.

8. Elak hutang ‘personal loan’ atau kad kredit. Lihat semula perbelanjaan bulanan, kalau ada yang perlu dihenti, ‘terminate’ terus langganan. Kalau di rumah dah ada Stimix dan Astru, kenapa tak hentikan keduanya dan ‘subscribe’ Unifi.

Jimat dah 1 gram emas setiap bulan!

9. Kongsi matlamat kewangan ini dengan pasangan masing-masing. Jangan buat seorang diri, nanti berlaku ‘miscommunication’. Satu fikir, punya hala tuju yang sama.

10. Usaha, doa dan bertawakal. Buat tindakan segera!

Bukan nak kaya, tapi pastikan kewangan masyarakat sihat.

Image may contain: text

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen