Sebagai Anak Bujang Jangan Berwawasan Nak Couple Sahaja, Mula Melabur Dari Sekarang!

Menjadi orang muda sudah tentu sentiasa mengalami perasaan yang berkecamuk. Terasa keseorangan mahukan teman, mahu berpacaran sehingga terlupa misi hidup yang sebenar. Terlalu asyik berpasangan, sehingga tidak tahu untuk memulakan perancangan hidup. Takut nanti dah kahwin, masing-masing menyesal kerana tiada perancangan yang betul.

Jadi, jom ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

Kita sebagai anak muda jangan asyik berwawasan nak ajak makwe dating je. Wawasan nak belikan makwe baju sama sedondon bagai.

Wawasan kita mestilah lebih ke hadapan, lebih jelas dan nyata. Kalau nak dating pun ada wawasan, apatah lagi dalam pelaburan. Tak boleh main hentam jee.

Antaranya :

1. Kepelbagaian Pelaburan.

Seperti kepelbagaian ekosistem, kita mesti mempunyai kepelbagaian bentuk pelaburan. Tidak hanya fokus kepada satu peluang pelaburan sahaja. Antaranya pelaburan hartanah, unit amanah, emas, T.H, ASB dan sebagainya.

2. Kepandaian Mengawal Aset.

Mengetahui nilai aset. Melabur mungkin ada untung dan rugi. Jadi, dengan ilmu lah kita mampu memastikan aset kita bernilai pada kita. Jangan tertukar aset dengan liabiliti ye ye.

3. Berbelanja Tanpa Hutang.

Sudah ada untung daripada pelaburan, elakkan berhutang untuk membeli sesuatu benda. Jika mampu dan ada tunai, baru beli. Jika tidak, bersabar lah dulu. Hidup lebih bahagia tanpa hutang. Jangan sikit-sikit nak bayar ansuran pada benda tak penting.

4. Tidak Beremosi Dalam Pelaburan.

Jika melabur, korang perlu menjadi pelabur yang bijak dan tenang. Jangan cepat sangat nak beremosi jika berhadapan dengan sesuatu kedaaan yang sukar. Tenang jeee. Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Kalau cepat sangat beremosi, tak kan menyelesaikan apa-apa masalah pun. Korang jugak yang hidup tak tenang.

5. Tahu Akan Risiko Pelaburan.

Setiap pelaburan ada risiko tersendiri. Jadi, sebelum memulakan pelaburan selidik dahulu risiko yang bakal dihadapi. Kena ada ilmu. Jangan main redah jee. Takut kau orang yang rebah nanti.

6. Mempunyai Simpanan.

Nak melabur mesti ada simpanan. Siapkan tabung simpanan dan dana kecemasan terlebih dahulu. Tak de lah kau orang sibuk nak pergi pinjam sana sini.

7. Mempunyai Pelan B.

Adakalanya pelan A tidak menjadi kita perlukan pelan back up. Janganlah risau jika korang baru nak bermula dan mempunyai banyak cabaran serta rintangan. Jadi fkir-fikirkan exit plan jika perancangan pelaburan korang tak berapa nak menjadi.

Tak ada sorang pun pelabur lahir-lahir terus jadi hebat dan mahir. Mereka semua melalui proses pembelajaran yang panjang.

Jadi ayuhlah kita membaca sedikit ilmu untuk menjadi seorang yang mahir seperti otai-otai yang penuh ilmu pelaburan di dada.

Kita tidak dilahirkan terus menjadi hebat, tapi kita dilahirkan untuk menjadi seorang yang hebat!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen