8 Amalan ‘Parenting’ Oleh Nabi Ibrahim A.S Yang Boleh Kita Teladani.

Zaman sekarang, agak sukar untuk mendidik anak-anak kerana terlalu banyak terpengaruh dengan teknologi yang semakin hebat. Dengan teknologi sebegini, amat khuatir sekiranya pasangan ibu bapa terlupa dengan kisah-kisah nabi yang harus diikuti.

Jom didik anak-anak dengan meneladani amalan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S;

1. Berdoa minta anak soleh/solehah sebelum memiliki anak lagi.

Nabi Ibrahim a.s sentiasa berdoa untuk memiliki anak yang soleh walaupun masih lambat lagi mahu menimang cahaya mata. Antara doa tersebut adalah;

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"(As-Saaffaat: 100)

2. Memilih pasangan yang baik.

Bagi beliau, ilmu kekeluargaan tersebut perlulah dilakukan sejak dari awal untuk memilih pasangan. Jika mahukan anak yang baik dan soleh, maka pilihlah pasangan yang solehah juga.

Isteri Nabi Ibrahim adalah antara wanita-wanita yang solehah lagi mulia. Sarah, isteri pertama beliau adalah puteri Raja Haran. Dan juga Hajar, isteri yang melahirkan anaknya iaitu Ismail.

3. Orientasi masa depan anak.

Beliau juga sudah memiliki orientasi masa depan untuk anak-anaknya, kerana beliau memikirkan generasi yang akan datang ketika Allah menjamin dirinya sebagai pemimpin sejarah.

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku”. Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim” ( Al-Baqarah: 124)


4. Menanamkan aqidah pada anak-anak.

Beliau memang mengutamakan aqidah dalam mendidik anak-anak kerana ia adalah asas utama untuk membentuk karakter anak-anak, keyakinan mereka, daya akal fikirannya dan seumpama dengannya. Jika asas ini selamat, ibu bapa akan berasa selamat dan tenang semasa membesarkan anak-anak, kerana separuh daripada tugasnya selesai. Begitulah pandangan Nabi Ibrahim a.s.

“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Al-Baqarah: 132)

5. Menjadikan Kitab dan Hikmah sebagai panduan kekeluargaan.

Amalan seterusnya adalah, dengan menjadikan kitab dan hikmah sebagai panduan mendidik anak-anak kerana Allah SWT telah menganugerahkan beliau dengan perkara tersebut.

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.” (An-Nisaa' 4:54)

6. Lembut Hati dan sopan-santun.

Beliau juga menjadi seorang bapa yang sangat lembut hatinya dan sopan-santun.

“….Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.”(At-Taubah: 114)

Dalam mendidik anak-anak, janganlah mengherdik, membentak malah berkelakuan kasar.

7. Menjadi Teladan bagi Anak-Anak.

Beliau juga menegaskan untuk sentiasa berkelakuan baik dihadapan anak-anak malah menunjukkan contoh yang baik, seperti sering pergi ke masjid, mengaji dan seumpamanya. Jika hanya memerintah anak untuk melakukan kebaikan, tetapi diri sendiri tidak pula lakukan seperti yang diperintah, maka anak-anak akan gagal menurut perintah.

“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik” (Al-Nahl: 120)

8. Segera kembali kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.”(Hud: 75)

Sesungguhnya dalam mendidik anak-anak pasti akan menjadi tertekan, dan dengan tidak sengaja memarahi mereka walaupun tiada niat untuk marah. Jadi, segeralah kembali pada Allah SWT. Setiap didikan tersebut, kembali pada Allah, malah jadilah ibu bapa yang penyabar dan berlembut hati.

Selamat Beramal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen