Bakal Pengantin Perempuan Wajib Tahu Tentang Solekan Yang Bersesuaian. Jom Baca!

“Nak kahwin, tapi tak ada knowledge pasal mekap..”

Pada kaum wanita yang bakal menjadi pengantin tu, pasti merasakan “Alahhh, mak andam mesti lah tahu pasal mekap ni…” Jangan!

Jangan bersikap sebegini, khuatir anda menyesal jadi tak cantik pada majlis perkahwinan anda nanti. Jangan bersikap malas dan mengambil remeh tentang perkara ini. Ambil tahu general knowledge tentang mekap, dan rajinkan diri anda untuk melihat tutorial mekap di youtube dan instagram kerana ramai sahaja MUA (Make Up Artist) yang berkongsi cara mekap dengan cara yang betul. Mudah!

Memang benar bukan anda sendiri yang mekap wajah anda ketika hari perkahwinan, cuma tidaklah anda seperti dipergunakan atau dijadikan experiment pula. Anda pun tidak la asyik tertanya-tanya pada mak andam “Ni apa…” “Ni guna untuk apa ni…” atau pun secara tiba-tiba “Eh tebal sangat mekap, saya tak suka macam ni…” atau “Kenapa kening macam shin chan..”  Ambil masa dan buang tenaga mak andam sahaja.

Jadi, anda perlu….

1. Mekap warna pastel.

Warna pastel atau warna nude adalah warna yang selamat digayakan dan amat sesuai jika majlis anda pada waktu siang. Cari contoh cara solekan jenis doll kerana ia tidak nampak terlalu keterlaluan. Solekan dimata pun tidaklah terlalu gelap sehingga wajah anda berubah. Malah, elakkan juga warna gincu merah, maroon, oren atau ungu.

2. Teknik solekan.

Sebelum anda mengupah mana-mana mak andam, pastikan anda lihat teknik solekan mereka di mana-mana sosial media ataupun portfolio mereka. Dan pastikan anda tahu yang mereka tahu perbezaan wajah dan kulit memerlukan cara solekan yang berbeza. Tidak lah nanti terjadinya

Mata yang sepet bertambah sepet…

SALAH WARNA FOUNDATION MENYEBABKAN….

Kulit yang gelap bertambah gelap…

Kulit yang cerah jadi gelap pula….

MANAKALA…

Wajah yang cerah, menjadi gelap akibat shading dan contouring yang terlampau tebal….

Kening yang lebat, bertambah lebat pun ada, sudah seperti shin chan…

Buat research dahulu, jangan menyesal di kemudian hari!

3. Solekan trending.

Anda perlu tahu solekan pada zaman sekarang. Jika mak andam masih menggayakan solekan zaman 80-an, tetapi sekarang dah zaman millennial, pelik pula orang yang memandang, kerana seolah-olah memandang pelakon zaman dahulu kala dengan gincu yang merah. Ambil tahu ya, supaya kena dengan tema majlis.

Dulu kening nampak betul-betul dilukis, namun sekarang semuanya perlu nampak natural supaya tidaklah sakit mata memandang.

TAPI…

  • Jangan pula solek diri sendiri walaupun anda boleh dianggap professional dalam bidang ini. Pada majlis perkahwinan anda sepatutnya, anda dilayan seperti seorang puteri dan tidak boleh melakukan sebarang kerja. Nanti stress, muka masam, nak ambil gambar pun wajah tak berseri.
  • Jangan lupa dengan penjagaan muka iaitu facial atau skin care routine. Sekurang-kurangnya lakukan facial 3 atau 5 hari sebelum majlis perkahwinan. Jika lakukan sehari sebelum majlis, khuatir berlakunya keradangan kulit, jerawat banyak timbul atau kulit muka yang mengelupas. Perkara ini akan menyebabkan solekan anda tidak flawless dan merekah pula.

Selamat Beramal Dan Selamat Pengantin Baru!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen