Untuk Para Ibu, Jom Cuba Resipi Sarapan Untuk Anak Bertenaga Dan Cemerlang.

Setiap pasangan ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang dilahirkan menjadi seorang bijak dan pandai. Kadang-kala didikan secara lisan sahaja  tidak mencukupi, jadi ramai ibu bapa mencuba untuk memberi makanan yang bernutrisi kerana ia membantu untuk perkembangan otak.

Selain daripada suasana di rumah yang banyak mempengaruhi tindakan anak-anak, makanan yang cukup nutrisi juga mampu untuk mendorong anak-anak membesar dengan sihat. Selain dari fizikal, mental anak-anak juga perlu dipengaruhi dengan perkara-perkara yang baik sahaja.

Jadi, jom lihat antara salah satu resipi mudah dari Dr Rizal Abu Bakar dalam melahirkan anak yang cemerlang, Insya Allah mudah-mudahan anak-anak suka dengan resipi ini…

********

Hari pertama berikan sedikit booster. Belanja anak sandwich salmon campur telur.

Resepinya mudah.

  • Bahan bahan:
  • 1) Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee
  • 2) Dua biji telur direbus
  • 3) Butter untuk disapu atas roti
  • 4) Roti Multigrain
  • 5) Lettuce. Sehelai atau dua helai
  • 6) Timun. Dipotong nipis

  • Cara cara:
  • 1) Ceraikan isi ikan.
  • 2) Hancurkan telur rebus campur dengan isi ikan. Digaul.
  • 3) Sapu butter atas roti. Letakkan lettuce dan timun.
  • 4) Masukkan campuran isi ikan dan telur tadi. Kalau mahu boleh letak lada hitam.

Selesai menu untuk breakfast. Tutup dengan coco OCOC kalau ada.

Bawa bekal air kosong yang dimasukkan 2 sudu chia seed. Berikan ada sepotong kecil dark chocolate 70% ke atas.

Masa rehat boleh snacking dengan dark chocolate ini. Boleh juga ambil buah atau kekacang seperti brazilian nuts.

Elakkan ambil makanan berat. Boleh boleh? Saya doakan anak tuan/puan peroleh keputusan cemerlang seperti yang dihajati.

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen