Bukan Si Isteri Sahaja Perlu Tahu Jenis Susu, Si Suami Juga Perlu Tahu 10 Jenis Susu Ini.

Majoriti individu dikalangan kita semuanya penggemar susu kerana ia berkhasiat dan mengenyangkan. Mudah untuk diminum pada bila-bila masa, tempat dan waktu. Dan di setiap rumah pasti ada bermacam jenis susu si isteri simpan. Susu cair, susu pekat, serbuk susu dan pelbagai lagi. Si suami kadang-kala pening juga melihat pelbagai jenis susu ini, susu yang bagaimana si anak kecil boleh minum ya?

Jom lihat perkongsian dari Dr. Kamarul ini…

********

“Yang awak pergi beli susu ni buat apa?”

Kau orang pernah alami situasi ni tak? Suruh suami beli susu penuh krim, lepas tu susu apa entah dia beli. Lain disuruh, lain dibelinya.

Ha, kau orang kongsikan senarai jenis-jenis susu ni pada suami kau orang. Tak pun pada anak dara kau yang tak kenal susu tu!

1. Susu Segar (Fresh Milk).

Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk).

Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung. Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk).

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk).

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Macam mana lemak diasingkan daripada susu?

Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream).

Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Sejat (Evaporated Milk).

Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.


7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk).

Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

8. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk).

Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

9. Susu Formula (Infant Formulated Milk).

Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

10. Krimer (Creamer).

Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.

OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan.

11. Guli susu (Milkies Marble) .

Guli warna putih susu dan selalunya bersaiz lebih besar dari guli kaca mata kucing. Ini barang langka(rare), jadi kalau ada, jangan guna buat main guli. Simpan baik-baik.

********

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen