Antara Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Pada Hujung Minggu Ini.

Apabila tiba hujung minggu pasti banyak perkara yang anda telah rancang bersama rakan-rakan anda ataupun pasangan anda, di mana kalian hendak habiskan masa bersama. Jika hendak pergi ke pusat membeli belah sudah pastilah akan lebih banyak wang yang akan dikeluarkan. Tak akan pada hujung minggu ini anda hanya duduk sahaja di rumah? Pasti anda ingin keluar untuk hilangkan rasa penat berkerja selama seminggu bukan?

Jadi aktiviti yang bagaimana sesuai untuk anda habiskan masa yang tersayang? Aktiviti tersebut mestilah aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan, dan pada masa yang sama kalian dapat berseronok. Berikut adalah aktiviti yang anda boleh cuba pada hujung minggu ini.





1. Memanah.

Anda penah memanah bersama rakan-rakan anda atau pasangan anda? Jika belum masa inilah anda hendak cuba aktiviti yang menarik ini. Cuba tunjukan kemahiran yang terpendam selama ini kepada rakan-rakan anda. Sudah pasti anda menikmati masa-masa yang menyeronokan jika lakukan aktiviti ini. Bahkan ia juga sunnah nabi ya.

Jika anda sekitar lembah klang, bolehlah anda mencubanya di Stars Archery yang terletak di Berjaya Times Square. Harganya RM16 setiap seorang.



2. Break the code.

Bagi anda yang suka menyelesaikan masalah ataupun misteri, apa kata anda cuba pergi ke Break the code pada hujung minggu ini. Hubungan anda bersama rakan-rakan atau pasangan akan lebih tererat apabila kalian cuba merungkai sebuah misteri bersama-sama. Dan sudah pastilah ia mampu membantu anda berfikir secara lebih kritis.

Anda boleh mencubanya di Break the code, di One Utama Shopping Mall. Harga untuk masuk adalah RM 34 seorang.



3. Bermain boling.

Jika anda inginkan perkara yang lebih santai dan sambil bersenam, mungkin anda vboleh cuba untuk bermain boling pada hujung minggu ini. Ini tidak akan menjadi masalah bagi anda yang tidak mahir bermain boling ini. Hal ini kerana, apabila bola masuk ke longkang, ia adalah perkara yang menjadi bahan gelak bagi anda dan rakan-rakan anda.





4. Karaoke.

Siapa minat bernyanyi? Sudah pasti menyanyi adalah salah satu cara untuk merehatkan minda serta mampu melepaskan apa yang tersimpan di dalam hati anda tanpa meluahkan kepada orang lain. Jangan risau jika suara anda tidak merdu, dan sedap. Sebab itulah anda perlu pergi ke karaoke bukan membuat persembahan dihadapan orang ramai.



5. Wall climbing.

Bagi mereka yang tidak takut akan ketinggian dan ingin menguji keberanian diri. Apa kata kalian mencuba wall climbing bersama rakan-rakan anda. Selain menguji keberanian diri anda, ia juga adalah satu aktiviti yang menyihatkan diri anda juga. Sudah pasti kalian akan saling bersorak antara satu sama lain untuk membuktikan keberanian masing-masing.



6. Berkelah.

Jika ingin berjimat dan pada masa yang sama ingin habiskan masa bersama rakan-rakan anda, apa kata anda cuba pergi berkelah bersama rakan-rakaan anda itu. Tidak lupa juga, lakukan sedikit pot luck agar anda dan rakan anda boleh saling bertukar makanan dan menikamati bersama-sama, kan dah jimat disitu.



7. Menjadi pelancong.

Ini adalah cara terbaik untuk anda meluangkan masa bersama-sama pasangan atau rakan anda. Anda boleh pergi ke satu tempat yang berhampiran anda dan menjelajah dikawasan tersebut. Di Malaysia ini banyak sahaja tempat yang menarik dan tempat yang anda belum penah lawati. Jadi masa inilah yang sesuai. Tapi kalau tempat itu mampu buat anda balik hari lagi menyeronokan. Bolehlah anda cuba pergi ke muzium berdekatan, pergi ke zoo, ataupun pergi ke taman burung serta taman buaya.

Jangan hanya duduk di rumah sahaja, apa kata anda cuba ambil udara yang segar dan lakukan pengembaran anda bersama orang yang tersayang pada hujung minggu ini. Pada masa yang sama, lupakan segala masalah di tempat kerja anda.



Anda masih keseorangan?

964,229 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen