5 Kudapan Atau Snek Bagi Bakal Pengantin Yang Ingin Mengurangkan Berat Badan.

Bukan sahaja bakal pengantin perempuan yang mahu jaga pemakanan, bakal pengantin lelaki juga ada sahaja mahu mencuba mengikuti langkah bakal isterinya. Menjaga kesihatan bersama-sama sejak dari tempoh perkenalan atau pertunangan pasti dapat mengeratkan lagi hubungan.  Aktiviti sebegini pasti akan menjadi memori indah bagi mereka yang bakal berkahwin.

Jadi, selain ingin menjaga pemakanan rutin harian, pasti inginkan kudapan juga supaya perut tidak sentiasa lapar, kan?

Amalkan kudapan atau snek seperti dibawah…

1. Epal.

Related image

Secara tipikal, buah epal adalah buah yang memang dapat mengawal dan mengurangkan berat badan anda. Setiap individu yang mahu diet pasti tahu tentang hal ini. Menurut kajian, jika anda mengamalkan 3 biji epal setiap hari akan mengelakkan peningkatan berat badan, dan menjurus menurunkan berat badan anda.

2. Kerepek kacang soya.

Related image

Menurut kajian di Jepun, amalan dengan memakan kerepek kacang soya ini dapat membantu anda dalam mengurangkan berat badan. Jadi, tidak hairan orang di jepun dapat mengekalkan berat badan mereka tidak melebihi obesity, kan? Malah, berat yang hilang adalah dari berat lemak, dan bukannya berat otot.

3. Ais krim buah.

Related image

Ais krim buah? Ya, pada cuaca yang panas sekarang ini pasti anda suka menikmati ais krim buah ini. Ais krim yang diperbuat daripada buah ini juga dapat membantu untuk anda mengawal berat badan kerana kurang kandungan gula. Malah, anda sendiri juga boleh membuat sendiri ais krim tersebut. Mudah dan Jimat!

4. Almond.

Image result for almond

Banyak khasiat jika anda mengamalkan makan kacang almond ini. Baik untuk kulit, baik juga untuk anda yang mahu menjaga pemakanan harian. Kudapan seperti ini, mahu untuk anda mengalas perut sebelum untuk makan tengah hari atau malam, kerana ia amat mengenyangkan jika diserta dengan air kosong/mineral.

5. Kacang pea atau jagung yang dibekukan.

Untuk menjadi kudapan yang sedap dan rangup, bekukan kacang pea atau jagung. Tetapi ia memerlukan penjagaan yang rapi di dalam peti sejuk dan letak di dalam bekas supaya tidak bercampur dengan rasa makanan yang lain.

Selamat Mencuba dan Selamat Pengantin Baru!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen