Isteri Merajuk Tanda Sayang.

Kaum wanita dengan rajukkan memang tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja wanita yang tidak mudah menunjukkan emosi atau mengatakan mereka bukanlah seorang yang suka merajuk, kerana ego diri sendiri. Tiada wanita yang tidak suka merajuk, kerana ia memang lumrah Allah ciptakan pada setiap kaum hawa.

Kaum lelaki simple dan straight to the point....

Namun, kaum wanita penuh dengan pelangi....

Oleh kerana itu lelaki dan wanita sebenarnya saling melengkapi....

Akan tetapi, apa yang membuatkan mereka berdua sukar untuk mendekati atau menyayangi antara satu sama lain adalah kerana EGO! Masing-masing memiliki ego, cuma yang membezakannya adalah sama ada ego yang rendah atau tinggi.

Terutamanya dalam perkahwinan, semasa melayari bahtera mahligai bersama, sebenarnya rugi jika si suami kerap menunjukkan egonya sendiri. Seperti saudara Mohd Fhais ini kongsikan…

********

Suami jangan di manjakan sangat ego tu. Takut lama-lama nanti ego jadi buas, sehingga salah sendiri pun masih rasa diri betul.

Orang perempuan ni merajuk tak pernah tak kena tempat. Dia tak akan merajuk dengan kawan-kawan, dia tak merajuk dengan adik beradik, dia merajuk dengan suami mereka sahaja.

Sebab merajuk tandanya SAYANG !

Bila dah terlalu sayang hati mudah terguris. Itu sebab hal-hal kecil yang jarang kita buat boleh trigger rajukan si isteri. Balik kerja lambat isteri merajuk, dah penat masak kita tak makan dia merajuk, tak wish besday pun dia boleh merajuk.

Ada bagusnya isteri merajuk sebab ia boleh jadi peringatan pada kita yang selalu sibuk bekerja dan jarang ada di rumah. Bila isteri merajuk itu tandanya mereka dambakan perhatian dari kita.

Wanita ni Allah ciptakan dengan penuh emosi. Emosi yang kena dibelai, kena disayangi dan kena dimanjai dengan kasih sayang.

Itu sebab bila kita jarang belai, jarang tunjuk rasa sayang dan jarang manjakan isteri kita, hati mereka mudah terguris. Di tambah pula dengan ego lelaki yang berhati batu, semakin rasa di robek-robek hati si isteri.

Ego adalah MUSUH KETAT Emosi !

Jika tanda sayang isteri adalah dengan banyaknya emosi.

Maka tanda sayang suami adalah dengan sedikitnya ego.

Bahaya jika dalam rumahtangga kita ego lebih banyak dari emosi, takut si isteri banyak pendam perasaan dan makan hati. Tunggu masa untuk meletus je tau..

Nak keluarga kita aman dan bahagia jangan gemukkan ego tapi gemukkan emosi isteri, barulah kita pandang muka isteri jadi berbunga-bunga.

Jangan ego-ego ya, keluarga tempat bertolak ansur bukan tolak menolak.

Tak akan hilang darah kepahlawan dalam diri lelaki jika selalu menangkan dengan isteri.

********

Semoga Ia Dijadikan Iktibar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen